3 JENIS CETAKAN HEAT TRANSFER YANG PERLU ANDA TAHU
Industri percetakan di Malaysia semakin berkembang dari hari ke hari. Salah satu sebab utama adalah kerana modal perniagaan yang sangat rendah tetapi pulangan keuntungan yang tinggi. Dalam perniagaan hadiah dan cenderamata pula, teknik percetakan heat transfer sangat popular. Kali ini kami ingin memberikan informasi ringkas mengenai jenis-jenis cetakan heat transfer.
Teknik pertama yang popular ialah
teknik cetakan pemejalwapan atau lebih dikenali sebagai sublimation. Teknik ini
lebih sesuai digunakan ke atas fabrik seperti microfiber, dry fit, polister,
jersi serta t-shirt biasa. Boleh juga digunakan ke atas produk seramik seperti
mug dan juga pinggan. Anda memerlukan dakwat jenis dye-sublimation serta
sublimation paper jika ingin menggunakan kaedah cetakan jenis ini.
Teknik cetakan kedua pula ialah
heat transfer yang menggunakan pigment ink dan juga transfer paper. Transfer
paper ini pula terdiri daripada 2 jenis iaitu satu berwarna gelap dan satu lagi
berwarna cerah. Jika anda ingin mencetak ke atas fabrik yang berwarna cerah,
lebih baik jika anda gunakan dark based transfer paper dan begitulah sebaliknya
Ia lebih sesuai digunakan ke atas fabrik cotton, polister dan juga topi dan sebaganya
dalam pelbagai pilihan warna. Ini semua bergantung kepada warna fabrik
tersebut.
Kaedah terakhir pula ialah cetakan
vinyl. Kaedah ini lain sedikit dari dua kaedah yang telah disebutkan diatas.
Untuk teknik ini, hanya satu warna sahaja yang boleh digunakan pada satu-satu
masa. Untuk cetakan jenis ini, anda memerlukan mesin cutting plotter untuk
memotong gambar atau corak yang anda mahukan itu. Anda juga memerlukan perisian
software khas. Apabila proses pemotongan ini selesai, barulah imej tersebut
imej tersebut dapat dipanaskan lalu ditransfer ke atas fabrik.
Bagaimana? Sudah faham mengenai
perbezaan antara kesemua jenis cetakan heat transfer? Diharapkan penjelasan
secara ringkas diatas memberi sedikit pencerahan kepada anda. Jika anda tidak
faham juga, anda boleh berhubung terus dengan mereka yang lebih arif dalam
bidang ini.
No comments:
Post a Comment