Showing posts with label heat press machine. Show all posts
Showing posts with label heat press machine. Show all posts

APA ITU MESIN HEAT PRESS?

APA ITU MESIN HEAT PRESS?

Bagi anda yang tidak pernah menjalankan bisnes printing ataupun menempah produk cetakanm pasti anda tertanya-tanya apa itu mesin heat press atau dalam bahasa melayunya mesin tekanan haba. Jika anda ingin menjalankan perniagaan berasaskan cetakan, anda perlu mengetahui serba sedikit tentang kegunaan serta fungsi mesin ini.

Heat press machine merupakan salah satu alat yang digunakan untuk mencetak grafik ataupun corak pada sesuatu produk. Ia berfungsi melalui 2 elemen paling utama iaitu kepanasan dan juga tekanan. 2 elemen tersebut boleh diselaraskan semula mengikut kesesuaian produk yang hendak dicetak itu.
Mesin ini popular digunakan dalam percetakan t-shirt kerana lebih mudah untuk dikendalikan serta mempercepatkan kerja percetakan. Tetapi, pelbagai produk lain juga masih boleh dicetak menggunakan mesin ini seperti mug, plate, cap dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada jenis mesin yang anda gunakan itu.
Mesin ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis manual dan juga automatik. Terkini, terdapat juga mesin heat press serbaguna yang boleh mencetak design di atas pelbagai permukaan seperti diatas mouse pad, kaca dan juga seramik. Mesin ini juga amat mudah untuk dikendalikan. Anda hanya perlu mengikut panduan yang diberikan didalam manual sahaja.
Dipasaran juga terdapat pelbagai pilihan mesin tekanan haba ini. Antara yang popular ialah mesin Mug press, Cap press, plate press dan juga flat press. Seperti namanya juga, mesin ini digunakan ke atas permukaan tertentu. Contohnya, mug press digunakan ke atas mug, water flask dan sebagainya. Mesin cap press pula untuk mencetak topi. Jadi jika anda ingin membeli sesebuah mesin itu, anda harus tentukan produk yang ingin anda cetak itu.

Disebabkan penggunaannya yang sangat mudah, ramai yang cuba menjalankan bisnes cetakan secara kecil-kecilan dar rumah. Bisnes ini boleh dijalankan secara online ataupun offline. Modal yang perlu dikeluarkan tidak begitu besar tetapi hasilnya sangat lumayan. Bagi anda yang berminat dalam bisnes ini, bolehlah mula survey mesin heat press yang anda mahukan dari laman web kami.



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

3 JENIS CETAKAN HEAT TRANSFER YANG PERLU ANDA TAHU

3 JENIS CETAKAN HEAT TRANSFER YANG PERLU ANDA TAHU

Industri percetakan di Malaysia semakin berkembang dari hari ke hari. Salah satu sebab utama adalah kerana modal perniagaan yang sangat rendah tetapi pulangan keuntungan yang tinggi. Dalam perniagaan hadiah dan cenderamata pula, teknik percetakan heat transfer sangat popular. Kali ini kami ingin memberikan informasi ringkas mengenai jenis-jenis cetakan heat transfer.

Teknik pertama yang popular ialah teknik cetakan pemejalwapan atau lebih dikenali sebagai sublimation. Teknik ini lebih sesuai digunakan ke atas fabrik seperti microfiber, dry fit, polister, jersi serta t-shirt biasa. Boleh juga digunakan ke atas produk seramik seperti mug dan juga pinggan. Anda memerlukan dakwat jenis dye-sublimation serta sublimation paper jika ingin menggunakan kaedah cetakan jenis ini.
Teknik cetakan kedua pula ialah heat transfer yang menggunakan pigment ink dan juga transfer paper. Transfer paper ini pula terdiri daripada 2 jenis iaitu satu berwarna gelap dan satu lagi berwarna cerah. Jika anda ingin mencetak ke atas fabrik yang berwarna cerah, lebih baik jika anda gunakan dark based transfer paper dan begitulah sebaliknya Ia lebih sesuai digunakan ke atas fabrik cotton, polister dan juga topi dan sebaganya dalam pelbagai pilihan warna. Ini semua bergantung kepada warna fabrik tersebut.
Kaedah terakhir pula ialah cetakan vinyl. Kaedah ini lain sedikit dari dua kaedah yang telah disebutkan diatas. Untuk teknik ini, hanya satu warna sahaja yang boleh digunakan pada satu-satu masa. Untuk cetakan jenis ini, anda memerlukan mesin cutting plotter untuk memotong gambar atau corak yang anda mahukan itu. Anda juga memerlukan perisian software khas. Apabila proses pemotongan ini selesai, barulah imej tersebut imej tersebut dapat dipanaskan lalu ditransfer ke atas fabrik.


Bagaimana? Sudah faham mengenai perbezaan antara kesemua jenis cetakan heat transfer? Diharapkan penjelasan secara ringkas diatas memberi sedikit pencerahan kepada anda. Jika anda tidak faham juga, anda boleh berhubung terus dengan mereka yang lebih arif dalam bidang ini.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

INGIN MEMILIKI MESIN HEAT PRESS? APA YANG PERLU ANDA TAHU?

INGIN MEMILIKI MESIN HEAT PRESS? APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Industri percetakan merupakan salah satu industri yang semakin berkembang pesat dinegara ini. Jika anda ingin turut menceburkan diri dalam bidang ini, pasti anda terfikir untuk membeli mesin heat press ataupun mesin tekanan haba bagi kegunaan pernigaan anda kan? Disini kami ingin memberikan beberapa tips untuk anda dalam memilih mesin heat press yang sesuai.

Perkara pertama yang anda perlu tentukan sebelum membeli mana-mana mesin heat press ialah jenis yang anda mahukan. Ini bermaksud mesin manual atau mesin automatik. Jika anda memilih mesin heat press jenis automatik, tentulah ia lebih mudah digunakan berbanding mesin jenis manual. Tetapi mesin automatik memerlukan penjagaan rapi serta perhatian yang lebih kepada penyelenggaraannya. Mesin manual pula membantu anda untuk menyesuaikan tekanan sendiri. Anda dapat mengawal sendiri tekanan yang diperlukan sama ada kuat mahupun sederhana.
Anda juga perlu menganggarkan berapa banyak kuantiti cetakan yang anda akan hasilkan nanti. Jika anda baru sahaja menceburkan diri dalam bidang ini, kami cadangkan agar anda upload kan dahulu sampel rekaan produk anda di internet. Selalunya, dalam bidang percetakan, setiap produk yang dihasilkan adalah melalui pre order. Maksudnya tempah dahulu, baru buat. Dari situ anda boleh agak jumlah yang anda hasilkan nanti. Jadi mudahlah anda memilih mesin mana yang sesuai.
Seterusnya anda harus tahu siapa yang bakal menggunakan mesin heat press anda itu. Iyalah, mungkin kerana ada dikalangan anda yang menjalankan perniagaan ini secara sampingan sahaja dan menyerahkan tugas untuk mencetak kepada orang lain. Sangat penting untuk mencari orang yang dapat menyelenggara mesin ini dengan baik supaya kondisinya berada ditahap terbaik. Walaupun terdapat manual penggunaan, namun ianya mungkin sangat kompleks untuk difahami bagi sesetengah orang. Jadi sebelum anda membeli mesin tersebut, apa kata sekiranya anda meminta penjual untuk memberikan latihan produk. Dan pastikan bakal pengendali mesin anda itu memahami setiap tunjuk ajar yang diberikan.
Perkara seterusnya yang pasti akan menjadi perhatian utama ialah penggunaan elektrik. Dalam menjalankan perniagaan, setiap kos itu harus diambil kira. Bagi mesin yang pengeluarannya lebih tinggi memerlukan tenaga sebanyak 220 volt. Bagi bakal pengguna baru, kami sarankan anda untuk memilih mesin heat press yang penggunaannya kurang daripada 220 volt.

Jadi, bagaimana? Sudah tahu mesin mana yang bersesuaian dengan anda? Anda bolehlah mula untuk melakukan survey mencari mesin yang anda mahukan itu, sesuai dengan bajet anda. Jika anda masih tidak pasti, tanyakan sahaja kepada para penjual tersebut. Mereka pasti akan membantu anda untuk mendapatkan mesin heat press yang bersesuaian.

Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

INGIN TAHU CARA MENCETAK MUG SENDIRI?

INGIN TAHU CARA MENCETAK MUG SENDIRI?

Zaman sekarang, sudah menjadi budaya untuk memberi cenderahati kepada tetamu untuk majlis-majlis tertentu. Salah satu cenderahati popular yang sering diberikan adalah mug yang dicetak dengan gambar serta ucapan yang bersesuaian dengan majlis tersebut. Untuk kali ini, kami ingin mengajar anda cara untuk mencetak mug sendiri.

Untuk mencetak sendiri mug, anda hanya memerlukan 5 alat sahaja iaitu, mug seramik putih putih semestinya (mug mesti diselaputi coating), kertas sublimation atau kertas inkjet, printer dengan ink sublimation, sellotape tahan panas (boleh juga digantikan dengan sellotape kertas) dan mesin press mug.
Kelima-lima bahan ini sangat penting untuk mencetak mug. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Sebagai contoh, kertas sublimation atau inkjet akan digunakan untuk memindahkan gambar ke atas permukaan mug. Jika anda inginkan cetakan gambar yang lebih terang dan jelas, kertas sublimation akan memberikan hasil yang terbaik.
Langkah pertama yang anda harus lakukan ialah membuat ukuran mug dengan menggunakan kaedah Photoshop. Kemudian masukkan template design yang anda inginkan. Setelah itu, anda boleh print design yang anda pilih itu keatas kertas sublimation atau kertas injek tadi. Pastikan permukaan kertas itu jangan sampai terbalik. Gambar harus dicetak diatas permukaan kertas yang lebih halus.
Dah siap print? Gunting kertas tadi sesuai dengan ukuran mug anda. Gambar haruslah mengadap permukaan mug. Lekatkan bercetak tersebut dengan kemas agar posisi kertas tersebut tidak mudah berubah apabila dimasukkan ke mesin press. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, setting mesin press anda dengan suhu sekitar 280-300C. Kalau tidak, warna gambar yang dicetak mungkin tidak terang dan tidak lekat sepenuhnya pada mug.


Jika anda melakukan kesilapan seperti gambar yang dicetak pada mug tidak terlekat sepenuhnya atau kualitinya tidak memuaskan, anda boleh mencuci cetakan tersebut menggunakan cecair Paint Remover. Tapi anda harus berhati-hati kerana bahan ini amat bahaya terhadap kulit dan juga mata. Untuk langkah keselamatan, gunakan sarung tangan dan juga kacamata.
Lihat? Tak susahkan? Anda juga sebenarnya boleh melakukannya sendiri jika mempunyai peralatan yang telah disebutkan diatas. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia