JENIS-JENIS DAKWAT YANG PERLU ANDA TAHU
Dalam bidang percetakan terdapat beberapa jenis dakwat atau ink. Setiap satunya pasti berbeza dan mempunyai kelebihan serta fungsinya yang tersendiri. Jika anda berminat dalam bidang ini, anda wajib untuk mengetahui perbezaan setiap jenis ink ini.
Dakwat jenis dye ink amat biasa
digunakan untuk mesin printer biasa di rumah anda dan juga kilang percetakan
kertas. Warnanya juga lebih cerah kerana saiz molekul yang kecil,
membolehkannya mengalir dengan lebih baik. Jadi hasil cetakan juga akan lebih
menarik. Ia sangat disyorkan dalam penghasilsan foto kertas, kad PVC dan lain-lain lagi. Ia juga
amat sesuai digunakan untuk cetakan hiasan dalaman sahaja kerana kurang tahan.
Dakwat pigment pula lebih mahal
daripada dye ink. Tetapi keistimewaannya ia tahan lebih lama. Partikel zarahnya
yang lebih kecil menghasilkan corak warna yang lebih halus. Bagi mereka yang
ingin mencetak t-shirt, dakwat jenis ini amat disyorkan kepada anda kerana
dakwat ini juga kalis air. Untuk mencetak t-shirt, gunakan bersama dengan ‘transfer
paper’.
Bagi dakwat jenis sublimation ink
pula, ia selalunya digunakan dalam pencetakan fabric, seramik dan sebagainya.
Menggunakan kaedah tekanan haba, warna
dari kertas cetakan ink ini akan dipindahkan ke atas produk yang diingini
dengan menggunakan mesin khas iaitu mesin heat press. Hasil cetakannya lebih
kemas dan tahan lama.
Eco solvent ink pula bukan
berasaskan air. Ia lebih cepat kering selepas dicetak. Jadi amat sesuai untuk
menghasilkan banner, kain rentang dan sebagainya. Sifatnya yang cepat kering
serta tahan dari sinaran matahari dan air membuatkan ia sering digunakan di
kawasan luar bangunan seperti papan tanda, papan iklan dan sebagainya.
Yang terakhir ialah rubber ink.
Bagi yang menjalankan perniagaan cetakan t-shirt, pasti familiar dengan
penggunaannya. Ia selalu digunakan dalam proses silk screen printing. Ink jenis
ini juga tidak memerlukan masa yang lama untuk mongering.
Sebelum memasuki bidang percetakan,
pastikan anda memahami terlebih dahulu tentang jenis-jenis dakwat ini. Ini bagi
memastikan cetakan anda nanti cantik serta berkualiti. Barulah pelanggan akan
kembali untuk mendapatkan perkhidmatan anda.
Salam nak tanya. Jika nak print untuk plastik baju sesuai guna ink apa ye? Terima kasih
ReplyDeleteSalam nk tnya klau untuk sticker glossy gna ink apa ?
ReplyDelete