INGIN MENCETAK T-SHIRT? APA YANG ANDA PERLUKAN?
Mungkin ada di kalangan anda diluar sana yang ingin mempelajari cara mencetak t-shirt atau pun mungkin juga berniat untuk menjalankan bisnes cetakan t-shirt secara kecil-kecilan. Artikel kali ini untuk memberi panduan kepada anda, tentan alatan asas yang diperlukan dalam percetakan t-shirt.
Perkara utama yang perlu ada
sekiranya anda ingin mencetak t-shirt adalah software. Antara software penting
yang sering digunakan adalah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan Microsof
word dan Paint. Jika anda tidak mahir untuk menggunakan perisian ini, seeloknya
anda belajar dahulu. Ini penting dalam proses untuk mereka design sebelum di
cetak ke atas baju. Anda boleh memilih mana-mana perisian yang telah disebutkan
tadi untuk menghasilkan rekaan.
Benda kedua yang perlu anda miliki
ialah ‘Teflon paper’. Ia merupakan sejenis kertas yang menjadi alas pelapik
antara objek dengan mesin heat press. Ia berfungsi untuk mengelakkan rekaan
melekat pada permukaan mesin. Selain itu, ia membantu untuk mencantik serta
meratakan rekaan.
Tidak sah juga jika anda tidak
mempunyai sublimation paper untuk mencetak t-shirt. Kertas sublimation ini
digunakan untuk menghasilkan cetakan bergambar pada fabrik. Tetapi, kertas ini
haruslah dicetak terlebih dahulu menggunakan printer inkjet. Kemudian kertas
ini akan dipanaskan ke atas fabrik dengan mesin heat press. Dakwat tersebut
akan tertanggal di permukaan baju.
Untuk melakukan cetakan sublimation
ataupun heat transfer, anda tentunya memerlukan mesin heat press. Seperti yang
di maklumkan di atas, mesin ini berfungsi untuk memastikan design melekat pada
baju menggunakan tekanan haba dan masa yang bersesuaian.
Kalau nak diikutkan, tentulah
banyak lagi alat serta bahan yang anda perlukan untuk percetakan t-shirt
seperti blok kayu untuk teknik silk screen dan sebagainya. Yang kami nyatakan
disini adalah yang kami rasakan betul-betul penting untuk anda. Semoga anda
berjaya dalam cetakan pertama anda.
No comments:
Post a Comment