INGINKAN CETAKAN HEAT TRANSFER/SUBLIMATION YANG BERKUALITI? TIPS BERGUNA YANG PERLU ANDA TAHU

INGINKAN CETAKAN HEAT TRANSFER/SUBLIMATION YANG BERKUALITI? TIPS BERGUNA YANG PERLU ANDA TAHU

Bagi anda yang ingin mencetak sesuatu produk, tak kiralah mug, t-shirt, plate atau sebagainya, kualiti pastilah menjadi suatu keutamaan. Bagi yang ingin belajar melakukan perniagaan printing secara kecil-kecilan pula, keupayaan mesin heat press untuk berfungsi dengan baik, merupakan eleman penting bagi memastikan perniagaan anda berjalan dengan lancar. Disini kami memberikan beberapa tips berguna untuk anda.

Seperti yang telah dijelaskan dalam entri sebelum ini, mesin heat press akan memindahkan sesuatu cetakan itu dengan mengenakan tekanan serta haba ke atas permukaan produk. Anda mungkin terfikir untuk menggunakan seterika bagi menggantikan mesin heat press ini. Tetapi teknik sangat-sangat tidak digalakkan. Ini kerana seterika tidak memberikan tahap haba serta tekanan yang sempurna seperti mesin heat press.
Pemilihsn kertas juga penting untuk mendapatkan kualiti cetakan terbaik. Gunakan kertas transfer yang berkualiti. Ini bagi memastikan hasil cetakan anda itu tahan lama terutamanya dalam proses cetakan t-shirt. Jika anda menggunakan kertas transfer yang berkualiti rendah, grafik pada t-shirt tersebut akan mudah luntur selepas beberapa kali dibasuh. Jika anda menjalankan perniagaan cetakan baju, kualiti harus menjadi keutamaan untuk menarik pelanggan kembali kepada anda.
Selain itu jangan gunakan tekanan yang terlalu kuat semasa menggunakan heat press. Tekanan yang terlalu kuat boleh merosakkan sendi mesin. Dalam keadaan lain, ia juga boleh menyebabkan kerosakkan ke atas produk cetakan. Contohnya, boleh menyebabkan mug pecah semasa dicetak.

Untuk penjagaan mesin pula, pastikan anda melakukan cetakan sekurang-kurangnya 2 minggu walaupun tiada sebarang tempahan. Langkah ini penting bagi memastikan dakwat tidak menjadi beku. Nanti sayang pula kalau dakwat itu rosak begitu sahaja.
Sebenarnya tak susah pun nak menjaga mesin heat transfer ini. Yang paling utama adalah anda perlu rajin memeriksa kondisinya sekali-sekala. Untuk kualiti percetakan pula, masa akan mengajar anda. Yang penting jangan berputus asa!



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment