Showing posts with label sublimation. Show all posts
Showing posts with label sublimation. Show all posts

INGINKAN CETAKAN HEAT TRANSFER/SUBLIMATION YANG BERKUALITI? TIPS BERGUNA YANG PERLU ANDA TAHU

INGINKAN CETAKAN HEAT TRANSFER/SUBLIMATION YANG BERKUALITI? TIPS BERGUNA YANG PERLU ANDA TAHU

Bagi anda yang ingin mencetak sesuatu produk, tak kiralah mug, t-shirt, plate atau sebagainya, kualiti pastilah menjadi suatu keutamaan. Bagi yang ingin belajar melakukan perniagaan printing secara kecil-kecilan pula, keupayaan mesin heat press untuk berfungsi dengan baik, merupakan eleman penting bagi memastikan perniagaan anda berjalan dengan lancar. Disini kami memberikan beberapa tips berguna untuk anda.

Seperti yang telah dijelaskan dalam entri sebelum ini, mesin heat press akan memindahkan sesuatu cetakan itu dengan mengenakan tekanan serta haba ke atas permukaan produk. Anda mungkin terfikir untuk menggunakan seterika bagi menggantikan mesin heat press ini. Tetapi teknik sangat-sangat tidak digalakkan. Ini kerana seterika tidak memberikan tahap haba serta tekanan yang sempurna seperti mesin heat press.
Pemilihsn kertas juga penting untuk mendapatkan kualiti cetakan terbaik. Gunakan kertas transfer yang berkualiti. Ini bagi memastikan hasil cetakan anda itu tahan lama terutamanya dalam proses cetakan t-shirt. Jika anda menggunakan kertas transfer yang berkualiti rendah, grafik pada t-shirt tersebut akan mudah luntur selepas beberapa kali dibasuh. Jika anda menjalankan perniagaan cetakan baju, kualiti harus menjadi keutamaan untuk menarik pelanggan kembali kepada anda.
Selain itu jangan gunakan tekanan yang terlalu kuat semasa menggunakan heat press. Tekanan yang terlalu kuat boleh merosakkan sendi mesin. Dalam keadaan lain, ia juga boleh menyebabkan kerosakkan ke atas produk cetakan. Contohnya, boleh menyebabkan mug pecah semasa dicetak.

Untuk penjagaan mesin pula, pastikan anda melakukan cetakan sekurang-kurangnya 2 minggu walaupun tiada sebarang tempahan. Langkah ini penting bagi memastikan dakwat tidak menjadi beku. Nanti sayang pula kalau dakwat itu rosak begitu sahaja.
Sebenarnya tak susah pun nak menjaga mesin heat transfer ini. Yang paling utama adalah anda perlu rajin memeriksa kondisinya sekali-sekala. Untuk kualiti percetakan pula, masa akan mengajar anda. Yang penting jangan berputus asa!



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

APA ITU SUBLIMATION PRINTING?

APA ITU SUBLIMATION PRINTING?

Sublimation merupakan salah satu teknik mencetak yang popular digunakan dalam industri percetakan untuk cenderahati, t-shirt dan sebagainya. Pada entry kali ini, kami ingin menjelaskan dengan lebih mendalam lagi tentang apa itu sublimation printing. Jadi anda tidaklah berasa keliru apabila mendengar istilah ini di syarikat printing nanti.
Sublimation salah satu teknik yang menggunakan haba dalam proses untuk memindahkan sesuatu imej dari kertas sublimation atau kertas inkjet. Kemudian kertas ini akan ditekap ke atas produk yang dimahukan dengan menggunakan mesin khas iaitu mesin tekanan haba (heat press machine). Antara produk yang boleh dihasilkan dengan teknik sublimation ini ialah, t-shirt, mug, puzzle, plate dan sebagainya.
Antara produk yang menggunakan kaedah sublimation

Untuk pengetahuan anda, teknik sublimation ini hanya boleh digunakan ke atas produk-produk tertentu sahaja. Teknik ini hanya boleh diaplikasikan ke atas permukaan yang mempunyai suatu lapisan khas. Lapisan khas yang dikenali sebagai coating ini akan membantu penerimaan imej ke atas produk tersebut. Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.
 Anda juga boleh membuat sendiri lapisan coating ini. Tetapi ianya agak sukar dan mungkin kurang practical sekiranya anda baru menjalankan bisnes secara kecil-kecilan. Ini kerana untuk menghasilkan coating yang benar-benar berkualiti, anda memerlukan ruangan yang luas, mesin yang bersesuaian serta kemahiran yang tinggi. Selain itu, masa untuk melakukan coating ke atas produk adalah panjang. Jadi lebih baik anda membeli produk yang telah siap coating.
Untuk melakukan teknik sublimation, dakwat yang digunakan adalah jenis dye sublimation ink. Dari segi hasil pula, teknik ini akan menghasilkan produk yang lebih menarik dari cetakan yang menggunakan teknik-teknik lain. Cetakannya juga bersifat kekal.


Proses mencetak juga lebih singkat. Masa yang diambil untuk mencetak hanya kira-kira 10 minit sahaja untuk siap tidak termasuk dengan masa untuk melakukan design. Ini kerana prosesnya sangat mudah,. Ia hanya melibatkan 2 proses iaitu cetak dan transfer.
Diharapkan dengan penerangan ringkas ini dapat membantu anda memahami apa itu sublimation dalam dunia printing. Jadi nanti mudahlah anda berurusan untuk mendapatkan hasil yang benar-benar anda mahukan. Berkenaan dengan harga, jangan risau, harga yang ditawarkan untuk produk sublimation adalah berpatutan.

.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia