APAKAH 5 JENIS PENCETAK YANG PERLU ANDA TAHU?
Kepada mereka diluar sana yang ingin menjalankan perniagaan printing, adalah sangat penting untuk anda mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis pencetak yang ada dipasaran. Ini bagi memastikan foto atau grafik yang dicetak itu adalah berkualiti sepadan dengan harga yang ditawarkan kepada pembeli.
Jenis yang pertama ialah pencetak
laser. Ini adalah satu satu pencetak yang sering digunakan untuk mencetak
cenderahati seperti mug, plate dan sebagainya. Pencetak jenis ini lebih mahal
berbanding pencetak yang lain kerana kualitinya yang hebat. Pencetak yang
menggunakan toner cartridge untuk mencetak ini, dapat mencetak lebih laju
daripada pencetak dari jenis inkjet. Walaupun menggunakan toner cartridge,
tetapi ia juga dapat memberikan kos penjimatan yang lebih kerana tahan lama
walaupun beribu-ribu halaman telah dicetak.
Pencetak inkjet juga popular dalam
industri t-shirt printing dan cenderahati. Harga mesin pencetak ini bersama
tonernya juga lebih murah. Kebiasaannya, pencetak jenis ini digunakan untuk
menghasilkan cetakkan dalam skala yang lebih kecil. Kertas dicetak dengan cara
menyemburkan titisan dakwat mikroskopik di atas helaian kertas. Antara
kelebihan printer jenis ini adalah ia boleh mencetak kertas yang besar. Tetapi
kos operasinya mungkin lebih tinggi dan masa mencetak lebih panjang.
Yang ketiga ialah pencetak foto.
Fungsi utamanya pula tentulah untuk mencetak gambar. Selalunya mesin ini dapat
dilihat di kedai-kedai gambar ataupun “photobooth”. Sesuai dengan peredaran
zaman, mesin ini boleh mencetak gambar daripada memory card telefon pintar, kamera digital mahupun komputer. Saiz
pencetak boleh adalah antara 4x6 inci hingga ke 5x7 inci.
Mesin pencetak keempat pula ialah
pencetak terma. Harganya lebih mahal berbanding pencetak lain. Mesin pencetak
ini lain sedikit dari yang lain. Turut digelar pencetak haba, ia berfungsi
apabila suhu meningkat pada kertas reaktif. Jadi kertas akan bertukar warna
apabila terdapat tindak balas haba. Oleh itu, tiada pengguna dakwat dalam
proses pencetakan.
Dan yang terakhir ialah pencetak
pelbagai fungsi. Ia lebih sesuai digunakan dalam persekitaran korporat. Ia
bukan sahaja dapat mencetak, tetapi juga dapat mengimbas, menyalin serta
menghantar faks. Disebabkan mesin ini boleh menjalankan pelbagai fungsi,
saiznya juga lebih besar. Harganya juga semestinya lebih mahal.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi
pencetak yang terdapat dipasaran. Jika anda berniat untuk memiliki sesebuah
pencetak tidak kiralah untuk tujuan perniagaan atau peribadi, anda perlulah
memikirkan keperluan yang anda inginkan dari sesebuah pencetak. Jadi anda
tidaklah tersalah beli nanti.
No comments:
Post a Comment