3 IDEA BISNES PERCETAKAN YANG MENGUNTUNGKAN

3 IDEA BISNES PERCETAKAN YANG MENGUNTUNGKAN

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kos sara hidup pun semakin meningkat. Harga barang semua dah semakin mahal. Sehinggakan sesetengah orang terpaksa melakukan dua hingga tiga kerja demi kelangsungan hidup. Antara kerjaya sampingan yang popular ialah berniaga. Disini kami kongsikan 3 jenis perniagaan berasaskan pencetakan yang semakin popular.

Perniagaan pertama ialah perniagaan button badge. Perniagaan ini semakin mendapat tempat kerana modal yang rendah serta tidak memerlukan ruangan yang besar. Anda boleh menjalankan perniagaan ini di mana sahaja. Button badge ini selalunya ditempah sebagai alat pengiklanan untuk sesuatu kempen ataupun acara. Selain itu, pada masa kini, button badge juga telah dicetak sebagai salah satu cenderahati kenang-kenangan untuk sesuatu majlis ataupun acara. Antara alat yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan ini adalah mesin button badge, acuan (mould) serta pemotong (die cutter).
Perniagaan yang kedua pula ialah percetakan kad PVC. Perniagaan ini juga sangat menguntungkan kerana permintaan yang tinggi untuk menghasilkan kad diskaun, kad keahlian, kad ID dan juga kad pelajar. Lazimnya permintaan bukan sahaja dari organisasi, sekolah dan university, tetapi juga dari individu untuk membuat kad perniagaan. Peralatan yang digunakan juga hanyalah mesin liminate, pemotong (die cutter), penebuk (die puncher) dan juga kad PVC. Kad PVC yang di datangkan dengan pelbagai warna juga pasti dapat memenuhi permintaan pelangggan.

Yang ketiga pula ialah cetakan gambar dan mini album. Trend terkini dalam menyimpan gambar  atau foto kenangan ialah dengan mereka sendiri muka hadapan album gambar tersebut. Album gambar yang unik ini boleh dijadikan hadiah yang sangat istimewa. Setiap foto yang diambi pasti mempunyai memori yang tersendiri kepada pemiliknya. Jadi design tersendiri pasti akan menambahkan lagi keunikan kepada foto didalamnya nanti.

Kesemua perniagaan printing yang kami nyatakan di atas sangat mudah untuk dijalankan. Kos permulaannya yang sangat rendah tetapi mendatangkan keuntungan yang tinggi membuatkan ia semakin mendapat tempat negara ini. Perniagaan ini juga boleh dijalankan secara online atau pun offline oleh sesiapa. Sekiranya anda tidak mahir untuk menggunakan peralatan-peralatan yang disebutkan diatas, jangan risau, terdapat penjual yang turut memberikan khidmat latihan kepada mereka yang baru berjinak dalam bidang ini.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment