3 TIPS PENTING SEMASA MENCARI PEMBEKAL BUTTON BADGE
Perniagaan button badge merupakan salah satu perniagaan yang popular kerana modal yang rendah tetapi pulangan yang sangat lumayan. Perniagaan ini boleh dijalankan dimana-mana sahaja kerana tidak memerlukan ruang yang besar. Alatan yang diperlukan juga tidak banyak. Yang penting anda memerlukan mesin button badge untuk melakukan cetakan. Jadi anda perlu bijak dalam mendapatkan pembekal yang bukan sahaja memberi harga berpatutan tetapi juga memberi perkhidmatan terbaik.
Bagi anda yang baru mula
berjinak-jinak dalam bidang ini, kami nasihatkan agar anda tidak mengeluarkan belanja yang
terlalu besar untuk mesin button badge anda itu. Iya, betul mesin ini memang
penting untuk perniagaan anda. Tetapi di awal perniagaan, semua kos serta
perbelanjaan haruslah diteliti. Untuk peringkat awal, kami nasihatkan anda agar
meneliti bajet terlebih dahulu. Kemudian survey bagi mendapatkan mesin dengan
harga yang berpatutan tetapi berkualiti.
Walaupun anda membeli mesin
tersebut dengan harga yang murah, kualiti
tidak harus di abaikan. Anda perlulah memastikan kualiti mesin tersebut pada
tahap yang terbaik. Mesin yang tidak berkualiti pasti akan mempengaruhi
perniagaan anda di masa hadapan. Anda pasti tidak mahu mengeluarkan belanja
bagi membaiki mesin yang bermasaalah di saat perniagaan anda baru hendak
berkembangkan?
Yang ketiga, pastikan perkhidmatan yang
diberikan oleh pembekal mesin adalah memuaskan. Ini bermakna, pembekal bukan
sahaja hanya menjual mesin tersebut kepada anda, tetapi juga turut menyediakan
perkhidmatan sebelum dan selepas penjualan terutamanya yang melibatkan masalah
teknikal. Pembekal yang baik akan memberikan latihan serta tunjuk ajar kepada
anda jika anda tidak mahir menggunakan mesin tersebut. Dia juga akan melakukan
tindakan susulan jika terdapat masalah dengan mesin yang dibekalkan tersebut.
Sebaiknya, dapatkan pandangan daripada mereka yang pernah mendapatkan
perkhidmatan dari pihak tersebut.
Dalam dunia perniagaan, tidak
kiralah perniagaan apa sekalipun, pembekal memainkan peranan penting dalam
kelangsungan sesebuah perniagaan. Kesilapan dalam memilih pembekal yang
bersesuaian mungkin akan menyebabkan perniagaan anda menghadapi masalah
dikemudian hari. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.