3 TIPS PENTING SEMASA MENCARI PEMBEKAL BUTTON BADGE

3 TIPS PENTING SEMASA MENCARI PEMBEKAL BUTTON BADGE

Perniagaan button badge merupakan salah satu perniagaan yang popular kerana modal yang rendah tetapi pulangan yang sangat lumayan. Perniagaan ini boleh dijalankan dimana-mana sahaja kerana tidak memerlukan ruang yang besar. Alatan yang diperlukan juga tidak banyak. Yang penting anda memerlukan mesin button badge untuk melakukan cetakan. Jadi anda perlu bijak dalam mendapatkan pembekal yang bukan sahaja memberi harga berpatutan tetapi juga memberi perkhidmatan terbaik.

Bagi anda yang baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini, kami nasihatkan agar anda tidak mengeluarkan belanja yang terlalu besar untuk mesin button badge anda itu. Iya, betul mesin ini memang penting untuk perniagaan anda. Tetapi di awal perniagaan, semua kos serta perbelanjaan haruslah diteliti. Untuk peringkat awal, kami nasihatkan anda agar meneliti bajet terlebih dahulu. Kemudian survey bagi mendapatkan mesin dengan harga yang berpatutan tetapi berkualiti.
Walaupun anda membeli mesin tersebut dengan harga yang murah, kualiti tidak harus di abaikan. Anda perlulah memastikan kualiti mesin tersebut pada tahap yang terbaik. Mesin yang tidak berkualiti pasti akan mempengaruhi perniagaan anda di masa hadapan. Anda pasti tidak mahu mengeluarkan belanja bagi membaiki mesin yang bermasaalah di saat perniagaan anda baru hendak berkembangkan?
Yang ketiga, pastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pembekal mesin adalah memuaskan. Ini bermakna, pembekal bukan sahaja hanya menjual mesin tersebut kepada anda, tetapi juga turut menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas penjualan terutamanya yang melibatkan masalah teknikal. Pembekal yang baik akan memberikan latihan serta tunjuk ajar kepada anda jika anda tidak mahir menggunakan mesin tersebut. Dia juga akan melakukan tindakan susulan jika terdapat masalah dengan mesin yang dibekalkan tersebut. Sebaiknya, dapatkan pandangan daripada mereka yang pernah mendapatkan perkhidmatan dari pihak tersebut.


Dalam dunia perniagaan, tidak kiralah perniagaan apa sekalipun, pembekal memainkan peranan penting dalam kelangsungan sesebuah perniagaan. Kesilapan dalam memilih pembekal yang bersesuaian mungkin akan menyebabkan perniagaan anda menghadapi masalah dikemudian hari. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment