MESIN CUTTING STICKER UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN

MESIN CUTTING STICKER UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN


Tahukah anda yang anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan hanya memiliki sebuah mesin cutting sticker? Dengan memiliki mesin ini anda akan dapat menjalankan perniagaan secara online ataupun offline hanya dari rumah.
Pasti yang bermain difikiran anda adalah harga bukan? Adakah harga mesin ini mampu dimiliki atau tidak? Anda bernasib baik kerana harga mesin ini boleh dikatakan mampu milik. Modal yang anda perlu keluarkan untuk mesin ini lazimnya kurang dari RM3000. Tapi jangan risau, kepesatan dalam bisnes ini pasti akan membuatkan anda mendapat pulangan yang lebih lumayan lagi.
Antara produk yang boleh dihasilkan dengan mesin cutting sticker ini ialah produk kreatif seperti sarung bantal, kad ucapan eksklusif, dan label (sticker). Ia juga boleh digunakan untuk mereka design tertentu yang dimahukan pelanggan pada apron, beg dan juga mug. Pelbagai lagi produk DIY yang boleh dihasilkan dengan mesin ini. Sekaligus dapat membantu anda untuk menjana pulangan yang lumayan sekiranya anda kreatif.


Mesin yang paling sesuai bagi anda yang baru menjinakkan diri dalam bidang ini adalah silhouette cameo. Saiznya juga kecil lebih kurang mesin printer biasa sahaja. Jadi anda tidak perlu pening untuk memikirkan dimana untuk diletakkan mesin tersebut tanpa mengganggu ruangan yang terhad. Graphtec merupakan jenama yang terkenal diseluruh dunia sebagai pengeluar mesin cutting kelas premium.
Selain itu, mesin ini juga tidak akan mengganggu ketenteraman anda dirumah sewaktu menggunakannya. Ini kerana mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Jadi sekiranya suri rumah di luar sana yang memiliki bayi atau anak yang masih bersekolah, jangan risau, penggunaan mesin ini pasti tidak akan menggangu anak anda yang sedang tidur atau belajar.
Dari segi penjagaan pula, mesin ini amat mudah diselenggara. Anda hanya perlu menggantikan mata pisaunya sahaja. Itu pun setelah memotong bahan sepanjang ribuan meter. Bagaimana? Mudah bukan?
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan tambahan, anda bolehlah membeli mesin ini sebagai langkah pertama. Sesiapa sahaja mampu menjalankan bisnes kecil-kecilan ini tidak kiralah pelajar ataupun suri rumah.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment