TIPS PENTING BAGI PENGGUNA CAMEO SILHOUETTE
Bagi anda yang pertama kali membeli
mesin cameo silhouette, anda mungkin kurang mahir dalam mengendalikan mesin
ini. Di sini kami ingin memberikan beberapa tips yang dapat membantu anda.
Perkara pertama sekali yang anda
perlu lakukan setelah membeli mesin ini adalah install software yang telah
disertakan sekali bersama-sama dengan pembelian mesin tersebut. Kemudian cucuk
plug mesin anda ke komputer dengan cable USB lalu onn kan mesin anda.
Jangan lupa juga untuk memeriksa
mata pisau pemotong bermula dari nombor satu. Pastikan anda menggunakan tekanan
yang bersesuaian mengikut ketebalan vynil, sticker atau dark paper. Jangan
sampai tercalarkan cutting mat sudah la. Tetapi jika tekanan yang digunakan
terlalu rendah, ia mungkin menyebabkan potongan tidak sempurna atau tidak
putus.
Kelajuan mata pisau juga sangat
penting bagi mendapatkan potongan yang cantik. Anda perlu bijak untuk setting
kelajuan mata pisau tersebut. Sekiranya design
anda itu berlekuk-lekuk atau bergerigi, kurangkan kelajuan mata pisau. Tetapi
jika design tersebut tidak begitu bersegi, lurus sahaja, anda boleh
mempercepatkan kelajuannya. Kelajuan yang disarankan ialah sekitar 5-12. Jika
potongan tersebut masih tidak cantik, mungkin anda perlu menaikkan sedikit
kedalaman mata pisau.
Apa-apa pun, lakukan ‘test cut’
terlebih dahulu. Bentuk segi empat kecil dengan segi tiga akan dipotong bagi
menguji sama ada tekanan serta kelajuan yang digunakan sesuai dengan material
yang ingin anda gunakan. Features tersebut berada dalam software yang anda
telah download tadi. Anda perlu scroll ke bawah window ‘cut setting’
Jangan lupa juga untuk memeriksa
material yang anda akan gunakan itu. Pastikan material tersebut selari dengan
mesin supaya nanti potongan tidak terkeluar daripada vynil. Sekiranya terdapat
cebisan yang susah ditanggalkan pada material, gunakan pin atau tweezer untuk
menanggalkan cebisan tersebut.
Untuk mengelakkan habuk, sentiasa
tutup ‘cutting mat’ setiap kali selepas digunakan. Ini sekaligus dapat membantu
kelekatannya untuk tahan lebih lama. Sentiasa pantau kebersihan mata pisau anda
untuk memastikan ia kekal tajam. Sekiranya terdapat sebarang cebisan terkumput
atau melekit, gunakan putik kapas atau kain untuk membersihkannya.
Sebenarnya tak susah pun nak
menjaga serta menyelenggara mesin ini. Anda boleh lakukannya sendiri. Cuma
mungkin perlukan sedikit kesabaran serta kerajinan untuk membersihkannya.
No comments:
Post a Comment