PANDUAN UNTUK MEMILIH FABRIK TERBAIK BAGI TEKNIK DTG

PANDUAN UNTUK MEMILIH FABRIK TERBAIK BAGI TEKNIK DTG

Seperti juga teknik cetakan t-shirt yang lain, DTG juga memerlukan fabrik dengan ciri-ciri tertentu bagi menjamin kualiti cetakan. Tidak semua fabrik sesuai menggunakan teknik DTG dalam percetakan. Disini kami ingin memberikan beberapa tips kepada andaa dalam memilih fabric bagi mendapatkan hasil cetakan DTG yang menarik dan berkualiti.

Untuk teknik DTG, kapas merupakan fabrik terbaik untuk mendapatkan hasil berkualiti yang diidamkan. Sebaiknya gunakan 100% cotton. Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai fabrik 100% cotton yang bersesuai, anda boleh gunakan 80/20 (80% cotton / 20% polister). Seboleh-bolehnya, elakkan daripada menggunakan 50/50 cotton dan polister. Ini kerana dakwat yang digunakan teknik DTG tidak dapat diserap dengan baik oleh fabrik polister. Jadi hasilnya mungkin akan kelihatan comot.
Untuk kain jenis cotton ini juga, ia terbahagi kepada beberapa jenis. Untuk cetakan DTG anda disarankan untuk menggunakan ring spun cotton. Ia akan memberikan hasil yang memuaskan berbanding dengan kain standard cotton yang biasa. Ini kerana ring spun cotton lebih halus dan lembut berbanding standard cotton. Fabrik ring spun cotton yang mempunyai tenunan yang lebih halus dan lembut lebih sesuai untuk dakwat pencetak DTG yang berasaskan water based.
Seterusnya, anda perlu berhati-hati dengan kain yang mempunyai tekstur berjalur atau bercorak. Ini disebabkan faktor regangan yang dimiliki. Regangan akan menyebabkan ink kelihatan seperti mengelupas dan imej kelihatan seperti pecah atau retak. Senang cerita cetakan tidak cantik. Selain itu vertical lines dapat dilihat melalui imej yang di cetak. Jadi anda perlu mencetak sekurang-kurangnya 2-4 lapisan dakwat untuk mengelakkan vertical lines itu terlalu jelas.

Kain denim juga sesuai untuk cetakan DTG. Sama seperti ring spun cotton, denim juga mempunyai tekstur yang halus dan lembut. Ini menjadikan hasil cetakan lebih berkualiti. Cuma, untuk mencetak, anda perlu menjauhi bahagian yang mempunyai butang, zip dan juga permukaan yang tidak begitu rata.
Dalam cetakan DTG, pemilihan kain amat penting untuk memberikan hasil cetakan yang terbaik. Jadi anda haruslah bijak dalam memilih jenis kain yang bersesuaian. Salah memilih mungkin akan membuatkan hasil cetakan anda itu kelihatan comot dan selekeh. Jadi diharap perkongsian yang tidak seberapa ini akan membantu anda untuk mendapatkan hasil cetakan yang berkualiti tinggi.



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia
Chat Conversation End Sent from Messenger

No comments:

Post a Comment