APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SILKSCREEN PRINTING YANG PERLU ANDA TAHU?

APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SILKSCREEN PRINTING YANG PERLU ANDA TAHU?

Pencetakan silkscreen merupakan salah satu teknik printing yang popular di negara kita. Namun masih ramai yang keliru untuk mengambil keputusan mencetak produk menggunakan teknik ini atau teknik lain seperti heat transfer ataupun sublimation. Disini kami kongsikan pro dan cons penggunaan kaedah ini kepada anda.

Dari segi kos, kaedah ini tidak memerlukan kos yang tinggi dalam penghasilan produknya. Lebih banyak kuantiti yang hendak dicetak, lebih murah harga yang akan diberikan. Selalunya kuantiti yang dicetak lebih daripada 10. Tetapi jika anda hanya merancang untuk mencetak produk kurang daripada 10 unit harganya akan menjadi sangat mahal dan mungkin juga tidak berbaloi. Jadi lebih baik anda memilih kaedah lain seperti kaedah sublimation atau pun heat transfer.
Satu lagi kelebihan menggunakan teknik ini adalah berkaitan dengan penggunaan fabrik. Berbanding dengan kaedah-kaedah percetakan t-shirt yang lain, silkscreen boleh diaplikasikan ke atas semua jenis fabrik. Maknanya, ia boleh dicetak ke atas fabrik cotton,, jersey, viscose dan sebagainya. Jadi anda tidak perlu risau kes warna tidak lekat atau tidak rata pada baju.
Dari segi masa pula, jika anda menginginkan tempahan anda itu cepat siap, penggunaan kaedah silkscreen mungkin bukan pilihan terbaik. Ini kerana prosesnya penyediaan memakan masa yang sangat lama bergantung kepada teknik yang digunakan pengusaha. Selalunya masa yang diambil dari penyediaan bahan sehingga ke cetakan memakan masa 2 ke 3 jam. Ini kerana kaedah silkscreen ini dilakukan secara manual dan setiap warna akan dicetak secara berasingan.

Dari segi penggunaan warna, kaedah ini mengharuskan penggunaan warna yang agak terhad. Maksimum warna yang boleh dicetak adalah 3 atau 4 warna sahaja. Dan perkara ini akan berbalik kepada kos anda. Lagi banyak bilangan color yang anda gunakan dan lagi besar imej yang dicetak, lagi mahal lah harga baju yang anda tempah itu. Tetapi hasilnya tetap cantik dan berkualiti.

Jadi, sekarang anda sudah tahu serba sedikit mengenai kelemahan teknik silkscreen printing? Semoga perkongsian serba ringkas ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan sama ada ingin menggunakan kaedah ini ataupun tidak berseuaian dengan kehendak serta modal anda. 
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment