BAGAIMANA UNTUK MEMILIH DYE TERBAIK BAGI T-SHIRT ANDA?

BAGAIMANA UNTUK MEMILIH DYE TERBAIK BAGI T-SHIRT ANDA?

Pemilihan dye yang betul sangat penting dalam percetakan t-shirt. Penggunaan dye yang tidak sesuai mungkin akan memberikan hasil yang tidak memuaskan. Disini kami kongsikan beberapa jenis dye untuk memudahkan anda membuat keputusan.


Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan t-shirt atau sekadar ingin belajar suka-suka tentang percetakan, TC Dye Ink merupakan pilihan terbaik untuk anda. Ia merupakan dye yang termurah dipasaran. Dye jenis ini hanya boleh digunakan ke atas fabrik yang berwarna putih sahaja. Lazimnya digunakan untuk mencetak baju sukan sekolah. Kebaikan dye jenis ini adalah ia tidak mudah luntur kerana warnanya menyerap sehingga ke dalam benang.
Rubber dye ink pula sangat popular digunakan oleh pencetak t-shirt yang mahir dan separuh mahir. Jika anda memang ingin berkecimpung dalam bidang percetakan t-shirt, dye jenis ini mungkin sesuai untuk anda. Ia selalunya dijual dalam bekas 1kg dan tidak dapat dibeli dalam kuantiti yang sedikit. Diperbuat daripada getah dan akan memberi kesan seperti sticker di atas fabric. Ia juga boleh digunakan ke atas t-shirt yang berwarna cerah mahupun yang gelap 
.Tetapi jika anda memilih untuk menggunakan dye ini, anda perlu mencetak t-shirt tersebut sebanyak dua kali. Kali pertama dengan menggunakan warna putih sebagai under base. Dan kali kedua dicetak dengan warna yang anda kehendaki. Bagaimana pula sekiranya anda mahupun imej yang berwarna putih juga? Anda tetap perlu mencetak dua kali juga dengan dye berwarna putih.
Dye yang seterusnya pula ialah plastisol dye. Dye jenis ini agak leceh untuk digunakan kerana anda memerlukan alat tambahan seperti ‘convayer oven’ atau ‘flash dryer’. Ia melibatkan kos yang agak tinggi. Tetapi, satu kelebihan dakwat jenis ini adalah ia tidak mudah kering walaupun jika terdedah kepada udara untuk jangka masa yang lama.
Emboss dye pula dapat memberi effect cetakan yang timbul. Ia juga dari jenis dye getah, tetapi yang telah dicampurkan dengan dye foam. Apabila dipanaskan dengan heat press atau seterika ia akan memberi tindak balas iaitu kesan timbul. Jadi tidak ada masalah untuk anda gunakan dye jenis ini ke atas t-shirt yang cerah ataupun gelap. Kosnya pula lebih tinggi daripada rubberise dye.

Florescent dye pula merupakan dakwat yang berwarna terang, menyerlah dan striking. Ia merupakan jenis dye yang paling jarang digunakan. Terdiri daripada dua jenis iaitu TC dan juga Ruberise. Anda boleh mencuba untuk mencampurkan kesemua jenis dye ini ke atas satu t-shirt bagi hasil yang lebih menarik.

Diharapkan perkongsian di atas memberi anda serba sedikit panduan dalam memilih dye yang bersesuain dengan kehendak anda.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

1 comment:

  1. Hye just nk tnya berapa klau nk beli dlm 50pcs boleh kerrr??? Tapi nk hitam putih sahaja btw lebih elok cotton kerr apa yerrr???

    ReplyDelete