Showing posts with label Screen Printing. Show all posts
Showing posts with label Screen Printing. Show all posts

SERBA SEDIKIT TENTANG PHOTO EMULSION YANG PERLU ANDA TAHU

SERBA SEDIKIT TENTANG PHOTO EMULSION YANG PERLU ANDA TAHU

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan percetakkan t-shirt, photo emulsion pasti ada dalam simpanan masing-masing. Ia merupakan salah satu bahan terpenting dalam percetakkan silk screen. Jika ini kali pertama anda mendengar tentang produk ini, entri kali ini akan menceritakan tentang ringkas kegunaan photo emulsion dalam pencetakan silk screen.

Photo emulsion merupakan sejenis bahan kimia berbentuk cecair. Ia mempunyai pelbagai warna seperti biru, pink, ungu dan banyak lagi. Jika photo emulsion dicampurkan dengan sensertizer, warnanya akan berubah mengikut jenis photo emulsion tersebut. Terdapat 3 jenis photo emulsion iaitu photo emulsion bancuhan untuk setiap kali guna, photo emulsion sekali bancuhan, dan photo emulsion terus guna tanpa bancuhan.
Dalam percetakan silkscreen, photo emulsion akan digunakan bersama dua bahan lain iaitu sensertizer dan juga hardeners. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Sensertizer berfungsi sebagai pelengkap kepada photo emulsion. Manakala hardeners pula, membantu imej cetakan tahan lebih lama serta menutup mana-mana silkscreen yang tidak terkena photo emulsion tadi.
Sebelum digunakan Photo emulsion ini akan dicampurkan dengan sensertizer dengan nisbah tertentu iaitu 10:1. Nak mudah, suku daripada 1kg photo emulsion dicampurkan dengan 3-5 titik sensertizer. Untuk mengaktifkan cecair ini, anda hanya perlu goncang atau gaulkan sahaja sehingga sebati. Lalu biarkan sahaja selama 10- 15 minit. Disebabkan photo emulsion sangat sensitive, elakkannya daripada terkena cahaya.

Hardeners pula ialah cecair kimia yang akan membantu mengikat molekul di dalam resin sehingga membentuk lapisan yang kuat dan padat. Ia akan disapu pada kain silksceen setelah proses exposes image oleh photo emulsion tadi selesai. Ini bagi membantu imej tahan lebih lama.
Jika anda ingin belajar atau ingin menjalankan perniagaan cetakan baju, cecair photo emulsion ini sangat penting untuk anda. Harga untuk sebotol photo emulsion juga tidak begitu mahal. Saudagar2u menawarkan harga yang berpatutan untuk anda. Anda boleh ke link saudagar2u untuk mendapatkan tawaran hebat bahan-bahan serta peralatan printing pada harga yang berpatutan.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SILKSCREEN PRINTING YANG PERLU ANDA TAHU?

APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SILKSCREEN PRINTING YANG PERLU ANDA TAHU?

Pencetakan silkscreen merupakan salah satu teknik printing yang popular di negara kita. Namun masih ramai yang keliru untuk mengambil keputusan mencetak produk menggunakan teknik ini atau teknik lain seperti heat transfer ataupun sublimation. Disini kami kongsikan pro dan cons penggunaan kaedah ini kepada anda.

Dari segi kos, kaedah ini tidak memerlukan kos yang tinggi dalam penghasilan produknya. Lebih banyak kuantiti yang hendak dicetak, lebih murah harga yang akan diberikan. Selalunya kuantiti yang dicetak lebih daripada 10. Tetapi jika anda hanya merancang untuk mencetak produk kurang daripada 10 unit harganya akan menjadi sangat mahal dan mungkin juga tidak berbaloi. Jadi lebih baik anda memilih kaedah lain seperti kaedah sublimation atau pun heat transfer.
Satu lagi kelebihan menggunakan teknik ini adalah berkaitan dengan penggunaan fabrik. Berbanding dengan kaedah-kaedah percetakan t-shirt yang lain, silkscreen boleh diaplikasikan ke atas semua jenis fabrik. Maknanya, ia boleh dicetak ke atas fabrik cotton,, jersey, viscose dan sebagainya. Jadi anda tidak perlu risau kes warna tidak lekat atau tidak rata pada baju.
Dari segi masa pula, jika anda menginginkan tempahan anda itu cepat siap, penggunaan kaedah silkscreen mungkin bukan pilihan terbaik. Ini kerana prosesnya penyediaan memakan masa yang sangat lama bergantung kepada teknik yang digunakan pengusaha. Selalunya masa yang diambil dari penyediaan bahan sehingga ke cetakan memakan masa 2 ke 3 jam. Ini kerana kaedah silkscreen ini dilakukan secara manual dan setiap warna akan dicetak secara berasingan.

Dari segi penggunaan warna, kaedah ini mengharuskan penggunaan warna yang agak terhad. Maksimum warna yang boleh dicetak adalah 3 atau 4 warna sahaja. Dan perkara ini akan berbalik kepada kos anda. Lagi banyak bilangan color yang anda gunakan dan lagi besar imej yang dicetak, lagi mahal lah harga baju yang anda tempah itu. Tetapi hasilnya tetap cantik dan berkualiti.

Jadi, sekarang anda sudah tahu serba sedikit mengenai kelemahan teknik silkscreen printing? Semoga perkongsian serba ringkas ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan sama ada ingin menggunakan kaedah ini ataupun tidak berseuaian dengan kehendak serta modal anda. 
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

CMYK Printing , Process Color Printing - By Saudagar Printing Malaysia

Printing CMYK Dan Proses Color 

Saudagar Printing Malaysia Menawarkan Khidmat Printing CMYK atau Proses Color. Teknik Cetakan Gambar real 

Saudagar Printing Malaysia  menawarkan perkhidmatan cetakan CMYK atau proses color Dengan harga yang kompetatif serta berkualiti dari hasil kerja. 

CMYK adalah satu jenis teknik cetakan yang memerlukan kepakaran dari segi ilmu dan juga kemahiran . Gabungan kemahiran designer bagi tujuan seperation color dan juga kemahiran cetakan proses color , kami menawarkan khidmat cetakan yang mengikuti bajet anda yang akan di persetujui bersama ketika sesi perbincangan.

Teknik CMYK atau proses color ini membolehkan kami menghasilkan cetakan yang serupa gambar asal , yang mana gambar atau design yang anda berikan itu adalah jenis Full Color atau design yang mempunyai warna yang agak kompleks. Contoh design yang kami katakan itu seperti di bawah. : 



Design-Design seperti ini boleh di print pada Baju atau apa jua jenis fabric yang berasaskan cotton , terdapat 2 jenis dye yang di gunakkan antaranya adalah dari base air dan base minyak. Cetakan jenis ini memerlukan masa proses yang agak panjang bagi menghasilkan kualiti yang superb 90% - 100% warna mengikut design asal. 

Teknik CMYK adalah gabungan pengunaan Dye warna C : cyan , M : Magenta , Y : Yellow , K : Black. Design yang anda berikan akan kami pecahkan mengikut warna cmyk ini , kemudian kami akan buat simulasi sebelum proses print di jalankan ini bagi menjaga hasil keluaran . Bagi design yang agak kompleks atau yang sesuai untuk di print lebih dari 4  warna kami gunakkan teknik proses warna. 

Teknik Proses warna ini di buat jika design memerlukan effect warna yang tertentu atau pengunaan dye lebih dari 4 warna. lihat contoh di bawah hasil dari Teknik CMYK.


Contoh yang kami gunakkan ini adlaah gambar cover movie polis evo , pecahan warna sangat penting dalam teknik ini , ini bagi menghasilkan hasil keluaran yang memenuhi kehendak pelanggan serta dapat memberi kelebihan pada si pemakai. 


Hasil setelah 3 warna di masukkan Cyan , Magenta , Yellow . warna ia jadi seakan-akan pudar dan perlukan finishing untuk menimbulkan lagi hasil cetakan ini.


warna yang terakhir di masukkan , warna hitam seterusnya ia menutup atau sebagai finishing dan hasil printing akan nampak lebih jelas.



Gambar di atas boleh dilihat , gambar no 1 adalah hasil cetakan , gambar no 2 adalah hasil cetakan dari design sebenar mengunakkan printer inkjet. 90% - 95% hasil cetakan seaakan sama dengan design yang di cetak mengunakkan printer inkjet. Cetakan proses warna ini atau CMYK adalah satu proses yang perlukan ketelitian serta kemahiran yang tinggi. Hasil dari tunjuk ajar orang berpengalaman serta sokongan dari tool , machine dan chemical yang berkualiti kami dapat menghasilkan kualiti yang sebegini. 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian ini 017-627 3066 atau 012-378 3066  / Office : 09-572 9496. 

Saudagar Printing Malaysia
Trust | Affordable | Quality