KETAHUI TEKNIK CETAKAN PALING SESUAI UNTUK DESIGN YANG KOMPLEKS

KETAHUI TEKNIK CETAKAN PALING SESUAI UNTUK DESIGN YANG KOMPLEKS

Pernah dengar tentang DTG? Ia merupakan singkatan kepada Direct to Garment. DTG ini merupakan salah satu teknik cetakan. Berbanding teknik cetakan lain DTG ini merupakan teknik yang boleh dikatakan paling latest dalam dunia printing. Dalam entri kali ini, kami ingin memberikan maklumat ringkas tentang DTG yang berguna kepada anda yang mungkin masih lagi tercari-cari lagi teknik mencetak yang bersesuaian untuk mencetak produk anda.

           Berbanding teknik lain seperti heat transfer dan juga screen printing, teknik DTG merupakan teknik mencetak yang paling mudah. Anda hanya memerlukan mesin DTG khas untuk mencetak. Mesin ini akan mencetak dakwat terus ke atas fabrik. Ia lebih kurang sama seperti anda mencetak menggunakan kertas. Kualiti cetakan juga lebih baik berbanding teknik cetakan biasa. Cuma bezanya, dakwat akan diserap terus sehingga ke dalam fabric. Jadi sekiranya anda menyentuh t-shirt ataupun beg yang dicetak, anda tidak akan merasa kesan dakwat dipermukaannya.
Teknik ini boleh digunakan ke atas pelbagai jenis kain seperti t-shirt, cap, baju polo, beg dan sebagainya. Hasil cetakan juga tahan lebih lama dan tidak mudah luntur walaupun dibasuh. Jika design yang anda ingin cetak itu mempunyai banyak warna, ia tidak akan menjadi masalah kerana teknik DTG tidak mengenakan sebarang had warna untuk mencetak. Teknik ini amat sesuai digunakan untuk mencetak foto ke atas fabrik.
contoh mesin pencetak DTG

Jika teknik screen printing memerlukan tempahan dalam kuantiti yang besar, DTG pula sebaliknya. Jika anda memilih untuk menempah t-shirt menggunakan teknik cetakan DTG, anda boleh menempah dalam kuantiti yang kecil. Tetapi jika anda ingin menempah dalam kuantiti yang besar pula, anda memang tidak digalakkan untuk memilih teknik ini kerana ia akan menjadi sangar mahal.

Sekiranya design anda itu kompleks, dan jumlah yang hendak dicetak itu kurang daripada 50 unit, mungkin teknik DTG merupakan teknik yang terbaik yang harus anda cuba. Jika and mahukan cetakan yang berkualiti dan tahan lama, tidak salah sekiranya melabur lebih untuk kepuasan diri.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment