PERBEZAAN ANTARA REGULAR DAN RING SPUN COTTON YANG PERLU ANDA TAHU
Dalam industri pembuatan pakaian
seperti t-shirt, kita sering kali mendengar tentang pakaian kapas. Tetapi
tahukah anda? Sebenarnya, kain kapas ini juga terdiri daripada beberapa jenis.
Yang kita akan bincangkan hari ini adalah mengenai regular dan ring spun
cotton.
Proses penghasilan kedua-dua jenis
kain kapas ini juga berbeza. Kapas biasa diperbuat daripada serat sayur-sayuran
yang kemudian dipintal untuk membuat benang. Ia kemudian ditenun bagi
menghasilkan fabric. Kebanyakan kilang pakaian menghasilkan kain jenis kapas
biasa ini. Kapas biasa ini juga murahuntuk dihasilkan jadi marketnya juga lebih
besar.
Ring spun cotton pula sangat
berbeza. Ring spun cotton dibuat dengan cara memusing dan menipiskan lembaran
kapas. Ini bagi memastikan gentian kapas tersebut menjadi sangat halus, kuat
dan juga lembut. Hasilnya, fabric jenis ini tahan lebih lama berbanding fabric
kapas yang lain. Tetapi, ia menjadikannya lebih mahal juga.
Sebenarnya, tiada perbezaan yang
ketara pun antara dua jenis fabrik kapas ini. Cuma, jika anda ingin mencetak
t-shirt dengan kaedah Direct to Garment atau DTG, ring spun cotton akan
memberikan hasil cetakan yang lebih menarik.
Satu lagi fakta menarik mengenai fabrik cotton ini adalah, walaupun
nama atau labelnya serupa diseluruh dunia, namun daripada fabric untuk diimport
juga akan memberikan kesan terhadap cetakan. Ini kerana setiap fabric itu
mempunyai sedikit kelainan walaupun pada pandangan kasar ia kelihatan serupa.
Fabrik yang di datangkan dari Bangladesh mungkin berbeza daripda fabric yang
diimport dari China.
Apa-apa pun, fabrik cotton
merupakan salah satu fabric yang mendapat tempat istimewa di negara kita. Ini
kerana materialnya yang selesa sesuai dengan cuaca Malaysia yang agak panas.
Sebagai pengguna mahupun peniaga, pengetahuan mengenai fabric memberi kelebihan
kepada anda dalam memilih fabric yang bersesuaian untuk setiap cetakan mahu pun
sulaman.
No comments:
Post a Comment