SERBA SEDIKIT TENTANG TEKNIK MENCETAK TOPI
Kadang-kadang, untuk mencetak
sebuah topi pun boleh menjadi satu masalah. Masalah bagaimana tu? Iyalah,
sulaman atau cetakan manakah yang lebih sesuai. Nak letakkan logo sahaja atau
perkataan? Kesemua persoalan ini boleh membuatkan anda pening kepala kan?
Disini kami berikan tips ringkas kepada anda tentang apa yang harus anda
lakukan pada cap tersebut.
Anda hanya perlu tahu serba sedikit
tentang teknik cetakan serta sulaman yang sesuai bagi topi anda. Yang pertama
adalah sulaman. Ia sangat popular untuk digunakan ke atas topi. Ia lebih
menyerlah dan anda tidak perlu menambah kos pun sekiranya anda ini menambah
lebih warna benang. Selalunya anda akan dapat melihat sulaman ke atas sport
caps, ataupun topi yang digunakan pada acara-acara tertentu. Jika design yang
anda mahukan itu kecil dan ringkas tetapi memerlukan penggunaan warna yang
pelbagai, embroidery adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Yang kedua adalah cetakan screen
printing. Untuk kaedah screen printing, tidak semua jenis topi sesuai untuk
dicetak menggunakan kaedah ini. Teknik ini lebih sesuai digunakan ke atas topi
yang tidak mempunysi ‘centre seam’ (jahitan pusat) seperti topi tentera.
Seterusnya merupakan teknik cetakan
transfer printing. Teknik ini lebih mudah untuk diaplikasikan kerana cetakan
akan di print di atas kertas khas sebelum ditekapkan ke atas topi. Tetapi
kelemahannya ia mudah luntur jika dibasuh berkali-kali. Dan seperti juga teknik
screen printing, teknik transfer juga lebih sesuai untuk digunakan ke atas topi
yang tidak mempunyai ‘centre seam’.
Setelah anda mengetahui tentang
teknik-teknik di atas, bolehlah anda mereka design logo atau sulaman yang
bersesuai. Jika anda masih lagi kurang jelas tentang perkara ini, anda boleh
meminta bantuan daripada mereka di syarikat printing untuk membantu anda.
Semoga anda akan mendapatkan design topi yang memuaskan hati.
No comments:
Post a Comment