4 SEBAB YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MELAKUKAN CETAKAN DTG

4 SEBAB YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MELAKUKAN CETAKAN DTG

Seperti juga kaedah cetakan yang lain, kaedah DTG mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Walaupun hasil akhir cetakan ini sangat cantik, namun pelbagai faktor harus dipertimbangkan sebelum anda mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah DTG dalam cetakan t-shirt. Berikut merupakan beberapa perkara yang harus diberikan perhatian penting.

Kaedah cetakan ini boleh dikatakan agak sensitif. Anda perlu mengambil perhatian terhadap perubahan suhu di kawasan tempat anda melakukan cetakan DTG itu walaupun di dalam bilik bertutup. Ini kerana ink yang digunakan sangat sensitif terhadap perubahan suhu. Sebagai contoh, jika suhu didalam bilik percetakan itu terlalu panas dan kering, ia akan menyebabkan ink menjadi kering. Jadi anda perlu memastikan bilik dimana anda melakukan cetakan itu selesa, dan mempunyai suhu yang sesuai.
Selain itu, peralatan percetakan DTG juga agak mahal. Pembelian mesin pencetak DTG agak berisiko bagi mereka yang mengusahakan bisnes printing secara kecil-kecilan. Lagipun anda juga tak dapat mencetak dalam kuantiti yang besar kerana ramai yang akan memilih untuk cetakan screen printing untuk menjimatkan wang mereka. Jadi anda perlu menilai terlebih dahulu pasaran serta bajet yang anda miliki bagi mengelakkan pembaziran.
Anda juga perlu tahu bahawa proses mencetak DTG mengambil masa yang agak lama. Walaupun anggaran untuk mencetak t-shirt berwarna putih adalah sekitar  20-50 helai sejam, situasinya amat berbeza bagi t-shirt yang berwarna gelap. T-shirt yang berwarna gelap hanya boleh dicetak sebanyak 8-15 helai dalam tempoh masa yang sama. Tetapi semua ini bergantung juga kepada print resolution yang anda gunakan. Anda perlu benar-benar mahir dalam kaedah DTG supaya anda dapat membuat anggaran jumlah pakaian yang boleh dicetak dalam tempoh masa tersebut.

Satu lagi kelemahan DTG ialah ia tidak dapat digunakan ke atas semua jenis fabrik. Ia hanya dapat digunakan ke atas 100% cotton dan juga campuran cotton/polister (80/100). Anda juga harus ingat, kain itu itu juga mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri. Kain ring spun cotton merupakan pilihan yang terbaik untuk cetakan DTG. Fabrik yang datang daripada pengedar dari yang berbeza juga berpotensi untuk memberikan kualiti yang berlainan terhadap hasil cetakan. Jadi pada peringkat awal, anda harus berani untuk bereksperimen bagi melihat fabric mana yang memberikan hasil yang terbaik.

Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang harus anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk serius dengan cetakan DTG. Namun, ruangan ini terlalu terhad untuk kami senaraikan kesemuanya. Sebaiknya, anda pelu melakukan research tentang sambutan DTG di tempat anda terlebih dahulu. Ini bagi memastikan pelaburan anda ini berbaloi.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment