5 SEBAB KENAPA DTG PRINTING SANGAT MENARIK
Jika anda masih keliru tentang apa
itu teknik DTG? Artikel ini mungkin berguna untuk anda terutama sekali jika
anda mengusahakan perniagaan percetakan. Teknik DTG ataupun Direct to Garment
merupakan teknik percetakan yang paling terkini. Ia mula digunakan secara
meluas dalam bidang percetakan sekitar tahun 2004 lagi.
Sesuai dengan namanya direct to garment, teknik ini akan mencetak terus ke atas fabrik
tanpa menggunakan perantara seperti teknik heat transfer yang memerlukan kertas
khas. Seperti mana anda mencetak kertas menggunakan printer, begitu juga fabric
akan dicetak. Warna ink akan menyerap sehingga ke dalam serat benang. Hasilnya,
t-shirt akan kelihatan seperti datang terus daripada kilang pakaian.
Berdasarkan kualiti yang diberikan
kaedah ini, mesin DTG boleh dikatakan agak mahal
untuk dimiliki. Namun begitu jika anda melakukan
sedikit survey, masih terdapat pilihan mesin DTG yang mungkin sesuai dengan bajet yang anda
miliki. Jika anda serius dalam perniagaan printing yang anda jalankan itu, apa
salahnya melabur lebih sedikit bagi keuntungan untuk jangka panjang.
Selain tu, sebelum mengambil
keputusan untuk membeli sebarang mesin pencetak DTG, ada satu perkara penting
yang perlu anda pertimbangkan. Iaitu saiz
pengeluaran. Maksud kami disini, jika anda
benar-benar serius untuk mencetak menggunakan kaedah DTG, barulah berbaloi
untuk anda membeli mesin tersebut. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk
menghasilkan label t-shirt jenama sendiri, mesin DTG merupakan pilihan terbaik
untuk memudahkan tugas anda.
Satu lagi perkara menarik mengenai
DTG ialah, ink yang telah dicetak di
atas t-shirt tidak
akan luntur walaupun setelah dibasuh. Ini kerana
warna ink tadi telah menyerap dengan
baik ke dlam fabrik. Berbeza sekali dengan t-shirt yang dicetak dengan kaedah screen printing dan juga transfer, warna ink pada pakaian akan
mula luntur setelah berkali-kali dibasuh. Untuk DTG printing, anda cuma perlu pastikan pakaian dibasuh dengan air sejuk
sahaja.
Selain itu, teknik DTG amat sesuai
digunakan untuk design yang kompleks seperti fotograf dan sebagainya. Tidak
seperti teknik screen printing yang
hanya boleh menggunakan beberapa warna untuk mencetak, DTG printing tiada had
minima warna. Jadi anda bebas mencetak grafik dengan seberapa banyak pilihan
warna yang anda mahu.
Bagi anda yang menjalankan bisnes cetakan
dan masih belum mempunyai mesin pencetak DTG ini, kami amat menyarankan supaya
anda mendapatkan mesin hebat ini. Dengan kerancakkan industri fashion yang
semakin berkembang, mesin pencetak DTG pasti akan memberikan peluang yang
lumayan kepada perniagaan anda.
No comments:
Post a Comment