FAKTA PENTING TENTANG CETAKAN YANG PERLU ANDA TAHU

FAKTA PENTING TENTANG CETAKAN YANG PERLU ANDA TAHU

Dalam dunia printing ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu bagi. Ini bagi memudahkan kerja anda serta mendapatkan hasil terbaik. Walaupun nampak remeh, tetapi semua ini penting jika pengguna bertanyakan sesuatu kepada anda. Untuk bakal pembeli juga,fakta ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan sebelum mencetak t-shirt.

Pertama seperti yang anda sedia maklum, untuk mendapatkan kualiti cetakan yang terbaik, anda perlulah mencetak di atas permukaan yang rata. Untuk cetakan t-shirt, semua ini tidak mustahil. Tetapi untuk sweatshirt dan hoodies, situasinya mungkin sedikit berbeza. Ini kerana bahagian ini sukar untuk diletakkan supaya rata semasa hendak dicetak.
T-shirt yang berjalur memberikan penampilan yang menarik kepada si pemakai serta mempunyai sedikit regangan yang membuatkan fabrik ini selesa. Namun begitu dalam bidang percetakan pakaian, fabrik jenis ini mampu memberikan masalah kepada orang yang bertanggungjawab mengendalikannya. Ketika mencetak, ink akan dicetak dibahagian atas sahaja. Ia tidak menyerap ke semua bahagian, jadi apabila dipakai atau diregangkan, warna akan menjadi tidak sekata serta boleh membuatkan warna cetakan mengelupas.
Untuk mendapatkan fabrik yang seesuai untuk semua jenis cetakan adalah mustahil. Seperti juga manusia, setiap jenis fabric ini mempunyai kelebihan serta kelemahan masing-masing. Sebagai contoh, untuk teknik DTG, cotton 100% lebih sesuai digunakan bukannya polister. Tetapi untuk teknik screen printing, tiada masalah untuk menggunakan fabrik polister. Jadi, anda perlulah mengetahui serba sedikit tentang jenis-jenis fabrik agar hasil cetakan dapat memuaskan hati semua pihak.

Akhir sekali, anda harus ingat, hasil bagi warna yang dicetak mungkin sedikit berbeza darpada apa yang anda lihat di skrin komputer. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil akhir warna cetakan produk. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah jenis fabric, warna pakaian dan adakah cetakan anda itu memerlukan ‘white under base layer’.
Setiap orang yang terlibat sama ada syarikat percetakan dan juga pelanggan pasti mahukan hasil yang baik bagi produk yang ditempah. Namun kesepakatan antara kedua-dua pihak amat penting agar hasilnya bakal memuaskan semua pihak. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami serba sedikit tentang dunia percetakan t-shirt.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment