APA ITU DIE CUT STICKER?

APA ITU DIE CUT STICKER?

Jika anda sedang bercadang untuk menempah sticker custome made, anda harus mula memikirkan bagaimana bentuk potongan sticker yang anda mahukan itu. Selalunya sticker akan dipotong dalam bentuk empat segi atau pun bulat. Tetapi ini berbeza dengan die cut sticker. Berikut merupakan beberapa fakta tentang die cut sticker.
Die cut sticker merupakan sejenis sticker vinyl yang potongannya dibuat dengan cara memotong ruang disekeliling sehingga satu design tanpa latar belakang (background) diperoleh. Untuk membuat die cut sticker, anda memerlukan sebuah mesin pemotong khas untuk memotong sticker tersebut mengikut design yang dikehendaki.

Ada 3 lapisan pada die cut sticker iaitu lapisan pelindung sticker, vinyl dan lapisan back liner sticker. Sticker jenis ini kalis air dan tahan lama. Ia sesuai digunakan di mana sahaja. Ia juga sangat popular dikalangan kanak-kanak kerana bentuknya yang pelbagai dan menarik.
Untuk melekatkan sticker jenis ini, anda mungkin memerlukan sedikit ketelitian. Ini bagi memastikan sticker tersebut melekat dengan kemas pada permukaan yang anda inginkan itu. Anda perlu melakukan dengan berhati-hati dan sabar. Bagi sticker yang bersaiz agak besar, gunakan pembaris ke atas sticker sewaktu melekatkan sticker tersebut. Jadi tak adalah gelembung pada permukaan sticker nanti.
Bagi yang tidak pernah membuat sticker sendiri, anda mungkin merasakan ianya agak susah. Tetapi sebenarnya ia agak mudah jika anda memiliki ke semua peralan yang diperlukan. Anda juga mungkin boleh melakukannya bersama-sama keluarga untuk projek DIY anda.



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment