TIPS PENTING SEMASA MEREKA KAD NAMA
Bagi para usahawan, kad nama bukan
sekadar mencatakan nama serta nombor telefon usahawan tersebut, tetapi ia turut
menjadi cerminan kepada jenama yang cuba dibawa. Sebagai contoh, semasa
menyerta program networking ataupun seminar, business cards merupakan benda
pertama yang akan diterima seseorang itu daripada anda. Jadi rekaan kad
haruslah menarik, professional dan mudah difahami. Berikut merupakan beberapa
tips yang mungkin berguna untuk anda.
Pastikan kad nama anda itu ringkas sahaja
tanpa perlu meletakkan detail yang
tidak penting. Pastikan tulisan pada kad tersebut juga jelas dan terang. Jika
anda berada dalam bidang finance atau consulting pilih kad yang mempunyai
background berwarna cerah serta warna tulisan yang gelap seperti hitam, biru
atau grey akan memberikan imej
professional. Tetapi sekiranya anda berada dalam industri kreatif seperti
fashion designer, artis, ataupun grafik designer, anda boleh menambahkan
sedikit warna bagi menunjukkan kreativiti yang anda miliki itu.
Satu lagi tips penting. Sekiranya
anda turut menjalankan bisnes di peringkat antarabangsa, pastikan anda menggunakan bahagian belakang kad
tersebut untuk memberikan maklumat yang sama dalam bahasa lain. Sebagai contoh
sekiranya anda sering menjalankan urusan perniagaan bersama rakan niaga dari
China, print contact information anda
itu dalam bahasa cina dibahagian belakang kad.
Kemudian, elakkan kad perniagaan anda itu
kelihatan murah. Macam mana tu? Elakkan dari
menggunakan kertas printing yang nipis dan murah. Ini akan membuatkan individu
yang menerima kad anda itu ragu-ragu dengan kualiti service yang bakal anda
berikan. Anda tidak perlulah sampai ingin berjumpa designer professional untuk
mendapatkan bantuan. Cukup sekadar membandingkan setiap kualiti printing di
syarikat printing tersebut. Anda juga pasti dapat mengesan kad bisnes mana yang
kelihatan mahalkan?
Seterusnya, jangan gunakan clip art dalam kad anda. Ingat, kita mahukan imej
yang professional. Sekiranya anda tidak mempunyai logo syarikat, anda mungkin
boleh meletakkan gambar professional anda pada kad tersebut. Jika tidak, jangan
letakkan apa-apa logo ataupun gambar. Cukup sekadar meletakkan maklumat anda
sahaja.
Sebagai seorang usahawan ataupun
pekerja profesional, names card
merupakan salah satu alat penting dalam kerjaya. Tanpa kad ini, agak sukar
untuk anda mengembangkan network yang anda miliki. Sebab itulah amat penting
untuk pastikan kad nama anda itu juga kelihatan professional sesuai dengan
perkhidmatan yang bakal anda berikan.
No comments:
Post a Comment