TIPS UNTUK MENCETAK GAMBAR PADA T-SHIRT

TIPS UNTUK MENCETAK GAMBAR PADA T-SHIRT

Zaman sekarang ramai yang suka mendapatkan barangan yang ketihatan eksklusif, rare, dan tidak mahu kelihatan sama dengan orang lain. Jadi, bagi penggemar t-shirt ada yang memilih menempah t-shirt dengan rekaan sendiri. Mungkin anda juga berminat untuk mereka sendiri design cetakan cuma tidak tahu imej apa yang sesuai dicetak diatas t-shirt tersebut? Kalau jawapannya ya, kami ada beberapa idea untuk anda.

Anda boleh sahaja memilih untuk mencetak gambar haiwan ke atas t-shirt tersebut. Sekarang ramai yang berani memakai t-shirt dengan cetakan gambar haiwan. Anda mungkin boleh mencetak gambar haiwan kesayangan anda seperti kucing atau pun gambar haiwan yang diancam kepupusan. Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi, cetakan 3D akan menghidupkan lagi gambar tersebut sekaligus memberikan imej eksklusif dan mahal.
Selain itu, anda mungkin juga boleh mencetak gambar artis pujaan atau idola anda. Kadang-kadang mungkin agak sukar untuk mencari t-shirt dengan gambar artis pujaan di pasaran. Kalau ada pun mungkin anda pula tak berminat dengan grafik, ataupun warna pakaian tersebut. Jadi cara yang paling senang dan eksklusif, tempah sendiri di syarikat printing.
Jika anda mahukan t-shirt tersebut lebih peribadi, untuk dihadiahkan kepada orang tersayang contohnya, anda boleh mencetak gambar anda pada t-shirt tersebut. Sebagai contoh, anda ingin mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan bersama pasangan. Anda boleh mencetak gambar anda bersama pasangan ke atas t-shirt tersebut. Pilih gambar yang memberikan kenangan manis kepada anda berdua. Pasti ia akan lebih sentimental bukan?

Bagi anda yang berjiwa seni, anda mungkin boleh melukis sendiri corak atau gambar yang anda inginkan. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk anda mengekpresikan diri anda. Ia juga boleh dijadikan hobi yang mungkin boleh mendatangkan duit. Mana tahu ada yang berminat untuk mendapatkan design baju anda itu. Anda juga yang untungkan?

Sebagainya terdapat banyak lagi idea yang boleh digunakan untuk mencetak gambar atau ilustrasi pada t-shirt. Anda mungkin boleh melayari internet untuk mendapatkan idea-idea kreatif daripada design t-shirt dari negara luar.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment