Showing posts with label sticker. Show all posts
Showing posts with label sticker. Show all posts

KETAHUI CARA MENCETAK STICKER VINYL DENGAN MENGGUNAKAN PRINTER INKJET

KETAHUI CARA MENCETAK STICKER VINYL DENGAN MENGGUNAKAN PRINTER INKJET

Pada masa kini, sticker bukan sahaja digunakan dalam ke atas label produk tetapi juga bertindak sebagai medium pemasaran berkesan dalam bidang perniagaa. Reka bentuk sticker yang eye catching dapat menarik minat pengguna untuk mengenali sesuatu produk atau perkhidmatan itu. Ia juga boleh dijadikan souviner serta hadiah kepada orang tertentu. Entri kali ini akan memberikan tips untuk anda mencetak sendiri sendiri sticker vinyl menggunakan printer Inkjet.

Sticker jenis vinyl sering mendapat sambutan kerana berkualiti dan tahan lasak. Terdapat pelbagai teknik untuk mencetak sticker vinyl seperti cutting sticker, sticker offset dan sebagainya. Dalam banyak-banyak teknik ini, kaedah digital printing merupakan salah cara yang paling mudah. Anda hanya memerlukan printer Inkjet sahaja.
Caranya mudah sahaja. Langkah pertama, anda perlu menyediakan bahan sticker vinyl dan spray berisi cecair khas untuk pelapis sticker. Kemudian, semburkan cecair tersebut ke atas permukaan sticker tersebut secara rata. Ini bagi memastikan ink dapat dicetak dengan sempurna. Setelah itu, tunggu sehingga lapisan semburan tersebut kering.
Sebelum mula mencetak, anda perlu setting printer dengan quality photo set atau best photo. Elakkan daripada menggunakan high speed. Setelah itu barulah anda boleh mula mencetak bahagian atas sticker vinyl. Setelah siap, tunggu sehingga hasil cetakan kering. Jika anda nak cepat, anda boleh mengeringkan sticker tersebut menggunakan kipas atau hair dryers.

Mudah bukan? Anda juga boleh melakukannya sendiri bersama-sama keluarga. Untuk cetakan yang lebih menarik dan berkualiti, anda perlu memilih ink yang berkualiti juga. Kalau boleh, pilihlah ink yang water proof serta mengandungi UV protection supaya warna sticker tidak mudah luntur dan rosak. 
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

4 JENIS STICKER

4 JENIS STICKER SERTA KELEMAHANNYA

Sticker merupakan salah satu alat pemasaran yang bukan sahaja efektif kepada perniagaan kecil mahupun besar. Dengan perkembangan perniagaan atas talian yang semakin mendapat tempat, permintaan terhadap sticker juga turut meningkat. Jika anda juga berminat untuk menempah sticker, berikut merupakan beberapa jenis sticker yang perlu anda tahu.

Yang pertama ialah sticker vynil. Ia diperbuat daripada vynil atau bahan plastik. Sticker jenis ini tahan lasak. Ia tahan air dan juga cuaca. Tetapi kelemahannya, ia tidak dapat dicetak dengan printer inkjet. Anda memerlukan printer laser jika ingin mencetak sticker jenis ini. Sticker vynil juga nampak lebih menarik kerana mempunyai permukaan yang lebih glossy berbanding sticker dari jenis lain.
Seterusnya pula adalah sticker HVS. Sticker jenis ini diperbuat daripada kertas. Jadi tentulah ia tidak tahan lasak kerana mudah mengelupas. Sticker HVS ataupun sticker label kertas ini sangat sesuai digunakan untuk memberi keterangan tentang produk anda contohnya seperti tarikh luput produk. Disebabkan ia diperbuat daripada kertas, anda boleh sahaja menulis sesuatu ke atas sticker tersebut dengan menggunakan pen. Ia selalunya digunakan sebagai label produk, souvenier, gift dan sebagainya.
Satu lagi sticker yang popular ialah sticker transparent. Ia diperbuat daripada bahan plastik transparent. Jadi anda masih dapat melihat apa yang ada disebalik sticker tersebut. Sticker jenis ini agak tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan plastik lalu menjadikannya kalis air. Sticker jenis ini digunakan secara meluas pada souvenier, kaca, cermin kenderaan dan lain-lain lagi.
Yang keempat pula adalah jenis cromo. Sticker ini diperbuat daripada kertas tetapi dilapisi permukaan yang sedikit glossy. Jadi ia lebih kalis air berbanding dengan sticker HVS. Ia banyak digunakan untuk label produk, gift dan sebagainya.

Jadi sekarang anda sudah tahu serba sedikit tentang jenis-jenis sticker yang terdapat dipasaran. Jika anda merupakan seorang yang kreatif, anda boleh mencari sedikit duit lebih dengan menjual sticker-sticker ini. Caranya mudah sahaja. Anda Cuma perlu membuat design untuk sticker tersebut lalu uploadkan sahaja di media social. Mudah bukan?



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

APA ITU DIE CUT STICKER?

APA ITU DIE CUT STICKER?

Jika anda sedang bercadang untuk menempah sticker custome made, anda harus mula memikirkan bagaimana bentuk potongan sticker yang anda mahukan itu. Selalunya sticker akan dipotong dalam bentuk empat segi atau pun bulat. Tetapi ini berbeza dengan die cut sticker. Berikut merupakan beberapa fakta tentang die cut sticker.
Die cut sticker merupakan sejenis sticker vinyl yang potongannya dibuat dengan cara memotong ruang disekeliling sehingga satu design tanpa latar belakang (background) diperoleh. Untuk membuat die cut sticker, anda memerlukan sebuah mesin pemotong khas untuk memotong sticker tersebut mengikut design yang dikehendaki.

Ada 3 lapisan pada die cut sticker iaitu lapisan pelindung sticker, vinyl dan lapisan back liner sticker. Sticker jenis ini kalis air dan tahan lama. Ia sesuai digunakan di mana sahaja. Ia juga sangat popular dikalangan kanak-kanak kerana bentuknya yang pelbagai dan menarik.
Untuk melekatkan sticker jenis ini, anda mungkin memerlukan sedikit ketelitian. Ini bagi memastikan sticker tersebut melekat dengan kemas pada permukaan yang anda inginkan itu. Anda perlu melakukan dengan berhati-hati dan sabar. Bagi sticker yang bersaiz agak besar, gunakan pembaris ke atas sticker sewaktu melekatkan sticker tersebut. Jadi tak adalah gelembung pada permukaan sticker nanti.
Bagi yang tidak pernah membuat sticker sendiri, anda mungkin merasakan ianya agak susah. Tetapi sebenarnya ia agak mudah jika anda memiliki ke semua peralan yang diperlukan. Anda juga mungkin boleh melakukannya bersama-sama keluarga untuk projek DIY anda.



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

MESIN CUTTING STICKER UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN

MESIN CUTTING STICKER UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN


Tahukah anda yang anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan hanya memiliki sebuah mesin cutting sticker? Dengan memiliki mesin ini anda akan dapat menjalankan perniagaan secara online ataupun offline hanya dari rumah.
Pasti yang bermain difikiran anda adalah harga bukan? Adakah harga mesin ini mampu dimiliki atau tidak? Anda bernasib baik kerana harga mesin ini boleh dikatakan mampu milik. Modal yang anda perlu keluarkan untuk mesin ini lazimnya kurang dari RM3000. Tapi jangan risau, kepesatan dalam bisnes ini pasti akan membuatkan anda mendapat pulangan yang lebih lumayan lagi.
Antara produk yang boleh dihasilkan dengan mesin cutting sticker ini ialah produk kreatif seperti sarung bantal, kad ucapan eksklusif, dan label (sticker). Ia juga boleh digunakan untuk mereka design tertentu yang dimahukan pelanggan pada apron, beg dan juga mug. Pelbagai lagi produk DIY yang boleh dihasilkan dengan mesin ini. Sekaligus dapat membantu anda untuk menjana pulangan yang lumayan sekiranya anda kreatif.


Mesin yang paling sesuai bagi anda yang baru menjinakkan diri dalam bidang ini adalah silhouette cameo. Saiznya juga kecil lebih kurang mesin printer biasa sahaja. Jadi anda tidak perlu pening untuk memikirkan dimana untuk diletakkan mesin tersebut tanpa mengganggu ruangan yang terhad. Graphtec merupakan jenama yang terkenal diseluruh dunia sebagai pengeluar mesin cutting kelas premium.
Selain itu, mesin ini juga tidak akan mengganggu ketenteraman anda dirumah sewaktu menggunakannya. Ini kerana mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Jadi sekiranya suri rumah di luar sana yang memiliki bayi atau anak yang masih bersekolah, jangan risau, penggunaan mesin ini pasti tidak akan menggangu anak anda yang sedang tidur atau belajar.
Dari segi penjagaan pula, mesin ini amat mudah diselenggara. Anda hanya perlu menggantikan mata pisaunya sahaja. Itu pun setelah memotong bahan sepanjang ribuan meter. Bagaimana? Mudah bukan?
Sekiranya anda ingin menjana pendapatan tambahan, anda bolehlah membeli mesin ini sebagai langkah pertama. Sesiapa sahaja mampu menjalankan bisnes kecil-kecilan ini tidak kiralah pelajar ataupun suri rumah.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia