KETAHUI CARA MENCETAK STICKER VINYL DENGAN MENGGUNAKAN PRINTER INKJET
Pada masa kini, sticker bukan
sahaja digunakan dalam ke atas label produk tetapi juga bertindak sebagai
medium pemasaran berkesan dalam bidang perniagaa. Reka bentuk sticker yang eye catching dapat menarik minat
pengguna untuk mengenali sesuatu produk atau perkhidmatan itu. Ia juga boleh
dijadikan souviner serta hadiah kepada orang tertentu. Entri kali ini akan
memberikan tips untuk anda mencetak sendiri sendiri sticker vinyl menggunakan
printer Inkjet.
Sticker jenis vinyl sering mendapat
sambutan kerana berkualiti dan tahan lasak. Terdapat pelbagai teknik untuk
mencetak sticker vinyl seperti cutting sticker, sticker offset dan sebagainya.
Dalam banyak-banyak teknik ini, kaedah digital printing merupakan salah cara
yang paling mudah. Anda hanya memerlukan printer Inkjet sahaja.
Caranya mudah sahaja. Langkah
pertama, anda perlu menyediakan bahan sticker vinyl dan spray berisi cecair
khas untuk pelapis sticker. Kemudian, semburkan cecair tersebut ke atas
permukaan sticker tersebut secara rata. Ini bagi memastikan ink dapat dicetak
dengan sempurna. Setelah itu, tunggu sehingga lapisan semburan tersebut kering.
Sebelum mula mencetak, anda perlu
setting printer dengan quality photo set atau best photo. Elakkan daripada
menggunakan high speed. Setelah itu barulah anda boleh mula mencetak bahagian
atas sticker vinyl. Setelah siap, tunggu sehingga hasil cetakan kering. Jika
anda nak cepat, anda boleh mengeringkan sticker tersebut menggunakan kipas atau
hair dryers.
Mudah bukan? Anda juga boleh
melakukannya sendiri bersama-sama keluarga. Untuk cetakan yang lebih menarik
dan berkualiti, anda perlu memilih ink yang berkualiti juga. Kalau boleh,
pilihlah ink yang water proof serta mengandungi UV protection supaya warna
sticker tidak mudah luntur dan rosak.
No comments:
Post a Comment