Showing posts with label Sulam. Show all posts
Showing posts with label Sulam. Show all posts

How to print the design or text on the hat?


Hat is off! Voila! Well. Hat is important in the fashion. It is a must-complete-suit that will make your day perfect. Hat can be worn by women, men and even children. It is a fashion that transcend through the time. So, the design on the hat must be looking good and fantastic! But, hey. There will always the problems about designing the hat. For example, what kind of embroidery that fit the hat? Or just print the logo on the hat? Or just the text as the design? What the colour of the hat that match well or blend together? Or perhaps the blocking colour will look good too? These questions are the main foundational of the problems. However, ladies and gentlemen. Rest assured as we will point out the tips to help you to “create” your own perfect hat! Bear in mind that you should learn a little bit about embroidery and printing techniques that will make your hat looks…perfect… fantastic… and fabulous.

First, embroidery is popular to be used as one of the designs on the hat. It will look more stunning and you do not need to waste your money on this design. It is because, to do a perfect embroidery, you just need to use different colours for the thread to create the designs or your texts on your hat. So, if you want a simple design yet need a lot of colour variety, embroidery is a perfect way to design your hat.

Second, Printing especially screen printing is necessary as one of the techniques to create the designs or texts on the hat. However, not all hat can use this technique. It is because, this screen printing is more suitable to be used on the hat’s surface that doesn’t has centre seam such as soldier hat. That is the reason why this screen printing is not quite popular to be used to design the hat.

Third, transfer printing is one of the ways to design the printing. This technique is quite easy to be applied on the hat because of the printing will be print on the special paper before being pasted on the hat. However, as easy it is to do the printing, it is also easily washed off. The design is not long lasting at all. On the same page with screen printing, this type of printing is more suitable to be used on the hat’s surface that  doesn’t has centre seam.

All these techniques or methods are necessary to be learnt as you can decide what kind of designs you want to use on the hat. Also, if you do not understand about this kind of methods and techniques, feel free to ask the designer in the company printing to assist you in getting the custom made hat. Hasta da Lavista!




Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

SERBA SEDIKIT TENTANG TEKNIK MENCETAK TOPI

SERBA SEDIKIT TENTANG TEKNIK MENCETAK TOPI

Kadang-kadang, untuk mencetak sebuah topi pun boleh menjadi satu masalah. Masalah bagaimana tu? Iyalah, sulaman atau cetakan manakah yang lebih sesuai. Nak letakkan logo sahaja atau perkataan? Kesemua persoalan ini boleh membuatkan anda pening kepala kan? Disini kami berikan tips ringkas kepada anda tentang apa yang harus anda lakukan pada cap tersebut.

Anda hanya perlu tahu serba sedikit tentang teknik cetakan serta sulaman yang sesuai bagi topi anda. Yang pertama adalah sulaman. Ia sangat popular untuk digunakan ke atas topi. Ia lebih menyerlah dan anda tidak perlu menambah kos pun sekiranya anda ini menambah lebih warna benang. Selalunya anda akan dapat melihat sulaman ke atas sport caps, ataupun topi yang digunakan pada acara-acara tertentu. Jika design yang anda mahukan itu kecil dan ringkas tetapi memerlukan penggunaan warna yang pelbagai, embroidery adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Yang kedua adalah cetakan screen printing. Untuk kaedah screen printing, tidak semua jenis topi sesuai untuk dicetak menggunakan kaedah ini. Teknik ini lebih sesuai digunakan ke atas topi yang tidak mempunysi ‘centre seam’ (jahitan pusat) seperti topi tentera.

Seterusnya merupakan teknik cetakan transfer printing. Teknik ini lebih mudah untuk diaplikasikan kerana cetakan akan di print di atas kertas khas sebelum ditekapkan ke atas topi. Tetapi kelemahannya ia mudah luntur jika dibasuh berkali-kali. Dan seperti juga teknik screen printing, teknik transfer juga lebih sesuai untuk digunakan ke atas topi yang tidak mempunyai ‘centre seam’.
Setelah anda mengetahui tentang teknik-teknik di atas, bolehlah anda mereka design logo atau sulaman yang bersesuai. Jika anda masih lagi kurang jelas tentang perkara ini, anda boleh meminta bantuan daripada mereka di syarikat printing untuk membantu anda. Semoga anda akan mendapatkan design topi yang memuaskan hati.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia
Chat Conversation End Sent from Messenger

BAGAIMANA NAK DAPATKAN CETAKAN EMBROIDERY TERBAIK DENGAN MENGGUNAKAN BENANG METALIK?

BAGAIMANA NAK DAPATKAN CETAKAN EMBROIDERY TERBAIK DENGAN MENGGUNAKAN BENANG METALIK?

Melakukan cetakan menggunakan benang metalik kadangkala boleh menjadi sesuatu yang sukar. Salah percaturan, hasilnya mungkin tidak akan memuaskan. Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan hasil embroidery yang cantik dengan menggunakan benang metalik.

Tips yang paling utama ialah  gunakan benang yang berkualiti. Untuk sulaman embroidery tak kiralah benang jenis apa pun yang anda gunakan, pastikan benang tersebut berkualiti tinggi. Cuba tarik dan rasa benang itu dengan jari anda. Adakah ia kasar atau tebal? Aatu adakah ia mudah putus? Jika benang tersebut terlalu lama, ia lebih mudah untuk putus. Jadi ini akan memberi kesan kepada hasil sulaman anda. Sulaman akan kelihatan kasar dan tidak kemas.
Selepas anda membeli benang yang diperlukan, jangan lupa untuk simpan dengan betul. Ada cara untuk menyimpan benang, bukan boleh sebarangan sahaja. Elakkan dari terkena cahaya yang berlebihan, habuk, panas dan juga kelembapan. Cara penyimpanan yang betul akan membolehkan benang tahan lebih lama. Jadi anda tidak perlu sentiasa membeli benang baru untuk aktiviti sulaman.
Gunakan juga jarum yang bersesuaian. Penggunaan jarum yang betul dari segi jenis, saiz dan kualiti akan melancarkan proses sulaman anda. Tetapi salah memilih jarum akan menyebabkan kerosakan bukan sahaja kepada fabrik tetapi juga kepada benang serta jarum itu sendiri. Untuk tips tambahan, jangan sesekali menggunakan jarum metalik kerana ia tidak sesuai untuk proses sulaman. Ia akan merosakkan benang anda.
Yang keempat, pastikan mesin anda bersih. Bersih disini bukan sahaja bermaksud tiada kotoran atau habuk, tetapi bersih tanpa ada serpihan jarum yang patah atau apa sahaja yang boleh menyebabkan fabric rosak ataupun benang terputus. Pastikan juga anda kerap menyelenggara mesin sulaman anda itu. Anda pasti tidak mahu fabric anda itu berlubang akibat tersangkut serpihan jarum yang patahkan?

Seeloknya, sebelum anda terus melakukan sulaman ke atas fabrik yang diingini, apa kata sekiranya anda uji tersebut design sulaman tersebut menggunakan benang ke atas fabrik lain yang sama jenis. Kadangkala anda mungkin akan mendapati bahawa sulaman benang tersebut tidak rata atau kemas. Ini mungkin disebabkan factor benang yang anda telah pilih tadi.
Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi perkara yang anda perlu beri perhatian di dalam proses sulaman. Diruangan serba padat ini kami memberikan 5 tips yang kami rasakan penting kepada anda. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk melakukan design embroidery yang cantik, kemas lagi berkualiti.





Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

3 JENIS SULAMAN YANG PERLU ANDA TAHU

3 JENIS SULAMAN YANG PERLU ANDA TAHU

Untuk melakukan sulaman logo, terdapat 3 jenis sulaman yang perlu anda tahu. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Untuk melakukan sulaman logo, ketiga-tiga jenis jahitan ini akan digabungkan. Berikut merupakan jenis jahitan tersebut.
Jenis sulaman yang pertama dipanggil satin stitch. Selalunya ia digunakan untuk membuat tulisan dan jahitan luaran design. Ia sangat kukuh dan juga kemas.

Yang kedua pula ialah Fill Stitch. Jahitan jenis ini adalah lebih praktikal berbanding jahitan lain. Ia amat efisyen untuk menutup kawasan jahitan yang luas. Senang cerita digunakan untuk menghasilkan dasar untuk sesebuah logo. Jahitan jenis ini juga selalu digunakan sebagai asas atau dasar kepada fabric yang nipis dan jarang seperti sutera dan rayon. Ini bagi mendapatkan jahitan yang terperinci dan kemas. Seperti yang anda dapat lihat di bawah, bahagian tengah yang berwarna purple menggunakan satin stitch.

Jenis yang ketiga pula ialah ‘walking stitch’. Ia juga turut dipanggil ‘running stitch’ Jahitan ini pula akan digunakan apabila design tersebut memerlukan ketelitian. Jahitan ini akan digunakan apabila design tersebut memerlukan jahitan seperti terputus putus. Contohnya seperti gambar dibawah.

Untuk melakukan setiap jenis jahitan di atas, anda memerlukan kepakaran serta ketelitian. Jika tidak, hasil sulaman logo tersebut nampak tidak kemas dan menarik. Untuk mendapatkan hasil yang menarik, digitizer, designer dan juga operator perlu memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini. Anda juga boleh menjadi pakar dalam bidang ini tetapi anda perlu mempunyai kesabaran serta semangat yang tinggi.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SULAMAN LOGO

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SULAMAN LOGO

Sulaman merupakan salah satu cabang seni yang sangat menarik untuk dipelajari. Jika dahulu, kaum wanita yang mahir dengan seni sulaman ini. Sulaman pula dilakukan dengan tangan dan mengambil masa yang akan lama untuk memastikan kehalusan buatannya. Dengan teknologi terkini yang lebih canggih, sesuatu sulaman itu dapat disiapkan dengan cepat dan mudah. Disini kami ingin berkongsi perkara yang perlu anda tahu tentang sulaman logo.

Yang paling penting untuk mendapatkan sulaman yang cantik dan kemas, anda memerlukan Backing atau kain khas. Backing ini akan bertindak sebagai penyokong atau dasar untuk menstabilkan sulaman tadi. Ia akan mengukuhkan bahagian belakang sulaman logo tersebut. Penggunaan backing yang salah bukan sahaja akan mempengaruhi hasil akhir sulaman anda tetapi mungkin juga akan menyebabkan peningkatan kos.
 Backing ini didatangkan dalam dua warna iaitu hitam untuk pakaian yang berwarna gelap dan putih untuk pakaian yang berwarna cerah. Jika anda kurang faham mengenai backing, jangan risau, syarikat printing akan membantu anda dalam soal ini. Cuma sedikit pengetahuan ringkas ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada anda untuk membuat keputusan.
Yang kedua pula berkaitan dengan jenis fabrik. Kalau diikutkan hampir semua jenis fabrik boleh disulam. Namun faktor ketebalan kain yang digunakan turut memainkan peranan penting. Kain yang agak nipis seperti sutera, rayon, dan t-shirt yang terlalu nipis kurang sesuai untuk disulam. Bekas kesan jahitan seperti lubang jarum dan backing akan jelas kelihatan diatas fabric jenis ini. Tapi semuanya bergantung kepada kemahiran syarikat pencetakan tersebut. Mereka dapat membantu anda dalam memilih fabrik dan backing yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Mengenai benang pula, terdapat 2 jenis benang yang digunakan iaitu rayon dan juga polister. Setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing mengikut logo, sulaman ataupun fabric yang hendak digunakan. Jika anda ingin menempah baju korporat ataupun baju polo, benang dari jenis rayon lebih sesuai untuk digunakan. Ia lebih berkilat dan memberikan kemasan yang lebih lembut. Benang dari jenis polister pula kurang berkilat. Tetapi sifatnya yang lebih lasak serta tahan lama membuatkan ia amat sesuai untuk digunakan ke atas pakaian uniform dan pakaian sukan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan hasil sulaman logo yang berkualiti dan kemas. Yang kami terangkan diatas  cuma sekadar sedikit perkongsian yang padat dan ringkas. Nasihat kami, tanya apa-apa yang anda tidak faham kepada syarikat printing tersebut agar anda akan memperoleh hasil yang anda inginkan. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini bermanfaat kepada anda.



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

SULAMAN KOMPUTER BERKUALITI DI KUANTAN, PAHANG

KILANG SULAM DI KUANTAN , PAHANG.


SULAM LOGO , NAME TAG , TULISAN DAN LABEL

Sulam Logo

Kilang kami beroperasi di kuantan , Pahang. mempunyai kapasiti lebih dari 18 head. kami menyediakan perkhidmatan sulam pelbagai jenis dari logo , tulisan , label dan name tag. Jika ingin melihat hasil kerja kami boleh Datang ke Showroom di SINI . Setiap design yang hendak disulam perlu di design kembali agar logo atau tulisan yang terhasil menepati citarasa pelanggan dari segi size , warna dan look. proses ini dinamakan puncher @ blok.


Di atas adalah proses membuat name tag bagi kegunaan pelajar sekolah. 



Logo atau wording boleh di sulam pada towel @ tuala , T-shirt , korporat t-shirt , kain yang tidak terlalu nipis . Bagi meletakkan Logo sulam di atas beg atau tempat yang sukar untuk proses seperti di sesetengah tempat , logo di sulam atas kanin dan di buat patches kemudian akan di jahit pada beg atau topi.

Jangka masa siap sulam bagi sesuatu kerja @ job ini bergantung pada quantity dan juga job list yang kami ada . kebiasaanya mengambil masa 4 - 6 hari bekerja. jika urgent kerja . kami boleh buat tetapi ada charges urgent yang akan kami kenekan ini bagi menampung kos kerja lebih masa yang kami lakukan.

Harga sulam kami tidak terlalu mahal tidak terlalu murah in bagi menjaga hasil keluaran dan juga kualiti yang kami keluarkan. Harga blok di cas apabila kuantiti tidak terlalu banyak dan di kenakan pada logo yang baru atau yang kami tiada blok nye..

Hubungi kami bagi mendapatkan sebutharga berkaitan kerja-kerja sulam , InsyAllah kami membantu jika di perlukan. 

Saudagar Printing Malaysia
www.saudagar2u.com 

Hubungi no. ini 017-627 3066 bagi kerja-kerja sulam