3 JENIS SULAMAN YANG PERLU ANDA TAHU
Untuk melakukan sulaman logo, terdapat 3 jenis sulaman yang perlu anda tahu. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Untuk melakukan sulaman logo, ketiga-tiga jenis jahitan ini akan digabungkan. Berikut merupakan jenis jahitan tersebut.
Jenis sulaman yang pertama
dipanggil satin stitch. Selalunya ia digunakan untuk membuat tulisan dan
jahitan luaran design. Ia sangat kukuh dan juga kemas.
Yang kedua pula ialah Fill Stitch.
Jahitan jenis ini adalah lebih praktikal berbanding jahitan lain. Ia amat
efisyen untuk menutup kawasan jahitan yang luas. Senang cerita digunakan untuk
menghasilkan dasar untuk sesebuah logo. Jahitan jenis ini juga selalu digunakan
sebagai asas atau dasar kepada fabric yang nipis dan jarang seperti sutera dan
rayon. Ini bagi mendapatkan jahitan yang terperinci dan kemas. Seperti yang
anda dapat lihat di bawah, bahagian tengah yang berwarna purple menggunakan
satin stitch.
Jenis yang ketiga pula ialah
‘walking stitch’. Ia juga turut dipanggil ‘running stitch’ Jahitan ini pula
akan digunakan apabila design tersebut memerlukan ketelitian. Jahitan ini akan
digunakan apabila design tersebut memerlukan jahitan seperti terputus putus.
Contohnya seperti gambar dibawah.
Untuk melakukan setiap jenis
jahitan di atas, anda memerlukan kepakaran serta ketelitian. Jika tidak, hasil
sulaman logo tersebut nampak tidak kemas dan menarik. Untuk mendapatkan hasil
yang menarik, digitizer, designer dan juga operator perlu memiliki pengalaman
bertahun-tahun dalam bidang ini. Anda juga boleh menjadi pakar dalam bidang ini
tetapi anda perlu mempunyai kesabaran serta semangat yang tinggi.
No comments:
Post a Comment