APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SULAMAN LOGO
Sulaman merupakan salah satu cabang seni yang sangat menarik untuk dipelajari. Jika dahulu, kaum wanita yang mahir dengan seni sulaman ini. Sulaman pula dilakukan dengan tangan dan mengambil masa yang akan lama untuk memastikan kehalusan buatannya. Dengan teknologi terkini yang lebih canggih, sesuatu sulaman itu dapat disiapkan dengan cepat dan mudah. Disini kami ingin berkongsi perkara yang perlu anda tahu tentang sulaman logo.
Yang paling penting untuk mendapatkan
sulaman yang cantik dan kemas, anda memerlukan Backing
atau
kain khas. Backing ini akan bertindak sebagai penyokong atau dasar untuk
menstabilkan sulaman tadi. Ia akan mengukuhkan bahagian belakang sulaman logo
tersebut. Penggunaan backing yang salah bukan sahaja akan mempengaruhi hasil
akhir sulaman anda tetapi mungkin juga akan menyebabkan peningkatan kos.
Backing ini didatangkan dalam dua warna iaitu
hitam untuk pakaian yang berwarna gelap dan putih untuk pakaian yang berwarna
cerah. Jika anda kurang faham mengenai backing, jangan risau, syarikat printing
akan membantu anda dalam soal ini. Cuma sedikit pengetahuan ringkas ini dapat
memberikan sedikit pencerahan kepada anda untuk membuat keputusan.
Yang kedua pula berkaitan dengan jenis fabrik.
Kalau diikutkan hampir semua jenis fabrik boleh disulam. Namun faktor ketebalan
kain yang digunakan turut memainkan peranan penting. Kain yang agak nipis
seperti sutera, rayon, dan t-shirt yang terlalu nipis kurang sesuai untuk
disulam. Bekas kesan jahitan seperti lubang jarum dan backing akan jelas
kelihatan diatas fabric jenis ini. Tapi semuanya bergantung kepada kemahiran
syarikat pencetakan tersebut. Mereka dapat membantu anda dalam memilih fabrik dan
backing yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Mengenai benang
pula, terdapat 2 jenis benang yang digunakan iaitu rayon dan juga polister.
Setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing mengikut logo, sulaman ataupun
fabric yang hendak digunakan. Jika anda ingin menempah baju korporat ataupun
baju polo, benang dari jenis rayon lebih sesuai untuk digunakan. Ia lebih
berkilat dan memberikan kemasan yang lebih lembut. Benang dari jenis polister
pula kurang berkilat. Tetapi sifatnya yang lebih lasak serta tahan lama
membuatkan ia amat sesuai untuk digunakan ke atas pakaian uniform dan pakaian
sukan.
Sebenarnya terdapat banyak lagi
perkara yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan hasil sulaman logo yang
berkualiti dan kemas. Yang kami terangkan diatas cuma sekadar sedikit perkongsian yang padat
dan ringkas. Nasihat kami, tanya apa-apa yang anda tidak faham kepada syarikat
printing tersebut agar anda akan memperoleh hasil yang anda inginkan. Semoga
perkongsian yang tidak seberapa ini bermanfaat kepada anda.
No comments:
Post a Comment