Showing posts with label Logo. Show all posts
Showing posts with label Logo. Show all posts

3 reasons that need to be considered before proceed with DTG Printing!

Just like other printings, the DTG technique also has its own disadvantages. Even though, the result is so amazingly beautiful however there are many factors that need to be considered before you as the user decided to proceed with DTG printing. As the points will be elaborated clearly, please take note and keep in mind before proceed you decided to choose the DTG Printing.

Okay, keep in mind that this type of printing is quite sensitive. I repeat, SENSITIVE! Yes, you need to consider the temperature changes where you will do the DTG Printing even though it is a closed room. This is because, the ink that will be used in DTG Printing are VERY SENSITIVE to the changes of temperature. For example, if the temperature in that  room is hot and warm, this will cause the ink to dry quickly. So, you have to make sure that the room where that printing will take place is comfortable and has a suitable temperature.

Other than that, the equipment for this type of printing is quite EXPENSIVE! WOW!Honestly, this is quite risky for those who just a starter in this printing business to buy the equipment for DTG Printing. By the logical opinion, it is obvious that  you will never print in a big quantity as the customer will definitely choose the printing that is more cheap for them. So, you need to see the marketing request for this type of printing before you buy all those equipment for DTG Printing. This will help you to avoid the wasting for this type of printing.

Of course, you should know that DTG printing require a LONG TIME to complete a printing. Just imagine how many time you need to print for hundred of T shirts? Not to mention that the background colour for T shirt also play the important role in DTG Printing. This is because, for a white t shirt, it will be around 20 to 50 T shirts to print for an hour however, for black color T shirts, it will take only 8 to 20 T shirts to ptint. So, be wise to choose the type pf printing that will make save up” your time.

So, be wise to choose the printing that will “help” you in many ways. Do a research about your place whether the customers prefer DTG printing type pf not so that your investments in this business will be worth.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

3 JENIS SULAMAN YANG PERLU ANDA TAHU

3 JENIS SULAMAN YANG PERLU ANDA TAHU

Untuk melakukan sulaman logo, terdapat 3 jenis sulaman yang perlu anda tahu. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Untuk melakukan sulaman logo, ketiga-tiga jenis jahitan ini akan digabungkan. Berikut merupakan jenis jahitan tersebut.
Jenis sulaman yang pertama dipanggil satin stitch. Selalunya ia digunakan untuk membuat tulisan dan jahitan luaran design. Ia sangat kukuh dan juga kemas.

Yang kedua pula ialah Fill Stitch. Jahitan jenis ini adalah lebih praktikal berbanding jahitan lain. Ia amat efisyen untuk menutup kawasan jahitan yang luas. Senang cerita digunakan untuk menghasilkan dasar untuk sesebuah logo. Jahitan jenis ini juga selalu digunakan sebagai asas atau dasar kepada fabric yang nipis dan jarang seperti sutera dan rayon. Ini bagi mendapatkan jahitan yang terperinci dan kemas. Seperti yang anda dapat lihat di bawah, bahagian tengah yang berwarna purple menggunakan satin stitch.

Jenis yang ketiga pula ialah ‘walking stitch’. Ia juga turut dipanggil ‘running stitch’ Jahitan ini pula akan digunakan apabila design tersebut memerlukan ketelitian. Jahitan ini akan digunakan apabila design tersebut memerlukan jahitan seperti terputus putus. Contohnya seperti gambar dibawah.

Untuk melakukan setiap jenis jahitan di atas, anda memerlukan kepakaran serta ketelitian. Jika tidak, hasil sulaman logo tersebut nampak tidak kemas dan menarik. Untuk mendapatkan hasil yang menarik, digitizer, designer dan juga operator perlu memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini. Anda juga boleh menjadi pakar dalam bidang ini tetapi anda perlu mempunyai kesabaran serta semangat yang tinggi.


Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SULAMAN LOGO

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SULAMAN LOGO

Sulaman merupakan salah satu cabang seni yang sangat menarik untuk dipelajari. Jika dahulu, kaum wanita yang mahir dengan seni sulaman ini. Sulaman pula dilakukan dengan tangan dan mengambil masa yang akan lama untuk memastikan kehalusan buatannya. Dengan teknologi terkini yang lebih canggih, sesuatu sulaman itu dapat disiapkan dengan cepat dan mudah. Disini kami ingin berkongsi perkara yang perlu anda tahu tentang sulaman logo.

Yang paling penting untuk mendapatkan sulaman yang cantik dan kemas, anda memerlukan Backing atau kain khas. Backing ini akan bertindak sebagai penyokong atau dasar untuk menstabilkan sulaman tadi. Ia akan mengukuhkan bahagian belakang sulaman logo tersebut. Penggunaan backing yang salah bukan sahaja akan mempengaruhi hasil akhir sulaman anda tetapi mungkin juga akan menyebabkan peningkatan kos.
 Backing ini didatangkan dalam dua warna iaitu hitam untuk pakaian yang berwarna gelap dan putih untuk pakaian yang berwarna cerah. Jika anda kurang faham mengenai backing, jangan risau, syarikat printing akan membantu anda dalam soal ini. Cuma sedikit pengetahuan ringkas ini dapat memberikan sedikit pencerahan kepada anda untuk membuat keputusan.
Yang kedua pula berkaitan dengan jenis fabrik. Kalau diikutkan hampir semua jenis fabrik boleh disulam. Namun faktor ketebalan kain yang digunakan turut memainkan peranan penting. Kain yang agak nipis seperti sutera, rayon, dan t-shirt yang terlalu nipis kurang sesuai untuk disulam. Bekas kesan jahitan seperti lubang jarum dan backing akan jelas kelihatan diatas fabric jenis ini. Tapi semuanya bergantung kepada kemahiran syarikat pencetakan tersebut. Mereka dapat membantu anda dalam memilih fabrik dan backing yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Mengenai benang pula, terdapat 2 jenis benang yang digunakan iaitu rayon dan juga polister. Setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing mengikut logo, sulaman ataupun fabric yang hendak digunakan. Jika anda ingin menempah baju korporat ataupun baju polo, benang dari jenis rayon lebih sesuai untuk digunakan. Ia lebih berkilat dan memberikan kemasan yang lebih lembut. Benang dari jenis polister pula kurang berkilat. Tetapi sifatnya yang lebih lasak serta tahan lama membuatkan ia amat sesuai untuk digunakan ke atas pakaian uniform dan pakaian sukan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan hasil sulaman logo yang berkualiti dan kemas. Yang kami terangkan diatas  cuma sekadar sedikit perkongsian yang padat dan ringkas. Nasihat kami, tanya apa-apa yang anda tidak faham kepada syarikat printing tersebut agar anda akan memperoleh hasil yang anda inginkan. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini bermanfaat kepada anda.



Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

SULAMAN KOMPUTER BERKUALITI DI KUANTAN, PAHANG

KILANG SULAM DI KUANTAN , PAHANG.


SULAM LOGO , NAME TAG , TULISAN DAN LABEL

Sulam Logo

Kilang kami beroperasi di kuantan , Pahang. mempunyai kapasiti lebih dari 18 head. kami menyediakan perkhidmatan sulam pelbagai jenis dari logo , tulisan , label dan name tag. Jika ingin melihat hasil kerja kami boleh Datang ke Showroom di SINI . Setiap design yang hendak disulam perlu di design kembali agar logo atau tulisan yang terhasil menepati citarasa pelanggan dari segi size , warna dan look. proses ini dinamakan puncher @ blok.


Di atas adalah proses membuat name tag bagi kegunaan pelajar sekolah. 



Logo atau wording boleh di sulam pada towel @ tuala , T-shirt , korporat t-shirt , kain yang tidak terlalu nipis . Bagi meletakkan Logo sulam di atas beg atau tempat yang sukar untuk proses seperti di sesetengah tempat , logo di sulam atas kanin dan di buat patches kemudian akan di jahit pada beg atau topi.

Jangka masa siap sulam bagi sesuatu kerja @ job ini bergantung pada quantity dan juga job list yang kami ada . kebiasaanya mengambil masa 4 - 6 hari bekerja. jika urgent kerja . kami boleh buat tetapi ada charges urgent yang akan kami kenekan ini bagi menampung kos kerja lebih masa yang kami lakukan.

Harga sulam kami tidak terlalu mahal tidak terlalu murah in bagi menjaga hasil keluaran dan juga kualiti yang kami keluarkan. Harga blok di cas apabila kuantiti tidak terlalu banyak dan di kenakan pada logo yang baru atau yang kami tiada blok nye..

Hubungi kami bagi mendapatkan sebutharga berkaitan kerja-kerja sulam , InsyAllah kami membantu jika di perlukan. 

Saudagar Printing Malaysia
www.saudagar2u.com 

Hubungi no. ini 017-627 3066 bagi kerja-kerja sulam