BAGAIMANA NAK DAPATKAN CETAKAN EMBROIDERY TERBAIK DENGAN MENGGUNAKAN BENANG METALIK?

BAGAIMANA NAK DAPATKAN CETAKAN EMBROIDERY TERBAIK DENGAN MENGGUNAKAN BENANG METALIK?

Melakukan cetakan menggunakan benang metalik kadangkala boleh menjadi sesuatu yang sukar. Salah percaturan, hasilnya mungkin tidak akan memuaskan. Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan hasil embroidery yang cantik dengan menggunakan benang metalik.

Tips yang paling utama ialah  gunakan benang yang berkualiti. Untuk sulaman embroidery tak kiralah benang jenis apa pun yang anda gunakan, pastikan benang tersebut berkualiti tinggi. Cuba tarik dan rasa benang itu dengan jari anda. Adakah ia kasar atau tebal? Aatu adakah ia mudah putus? Jika benang tersebut terlalu lama, ia lebih mudah untuk putus. Jadi ini akan memberi kesan kepada hasil sulaman anda. Sulaman akan kelihatan kasar dan tidak kemas.
Selepas anda membeli benang yang diperlukan, jangan lupa untuk simpan dengan betul. Ada cara untuk menyimpan benang, bukan boleh sebarangan sahaja. Elakkan dari terkena cahaya yang berlebihan, habuk, panas dan juga kelembapan. Cara penyimpanan yang betul akan membolehkan benang tahan lebih lama. Jadi anda tidak perlu sentiasa membeli benang baru untuk aktiviti sulaman.
Gunakan juga jarum yang bersesuaian. Penggunaan jarum yang betul dari segi jenis, saiz dan kualiti akan melancarkan proses sulaman anda. Tetapi salah memilih jarum akan menyebabkan kerosakan bukan sahaja kepada fabrik tetapi juga kepada benang serta jarum itu sendiri. Untuk tips tambahan, jangan sesekali menggunakan jarum metalik kerana ia tidak sesuai untuk proses sulaman. Ia akan merosakkan benang anda.
Yang keempat, pastikan mesin anda bersih. Bersih disini bukan sahaja bermaksud tiada kotoran atau habuk, tetapi bersih tanpa ada serpihan jarum yang patah atau apa sahaja yang boleh menyebabkan fabric rosak ataupun benang terputus. Pastikan juga anda kerap menyelenggara mesin sulaman anda itu. Anda pasti tidak mahu fabric anda itu berlubang akibat tersangkut serpihan jarum yang patahkan?

Seeloknya, sebelum anda terus melakukan sulaman ke atas fabrik yang diingini, apa kata sekiranya anda uji tersebut design sulaman tersebut menggunakan benang ke atas fabrik lain yang sama jenis. Kadangkala anda mungkin akan mendapati bahawa sulaman benang tersebut tidak rata atau kemas. Ini mungkin disebabkan factor benang yang anda telah pilih tadi.
Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi perkara yang anda perlu beri perhatian di dalam proses sulaman. Diruangan serba padat ini kami memberikan 5 tips yang kami rasakan penting kepada anda. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk melakukan design embroidery yang cantik, kemas lagi berkualiti.





Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment