Showing posts with label cotton. Show all posts
Showing posts with label cotton. Show all posts

PERBEZAAN ANTARA REGULAR DAN RING SPUN COTTON YANG PERLU ANDA TAHU

PERBEZAAN ANTARA REGULAR DAN RING SPUN COTTON YANG PERLU ANDA TAHU

Dalam industri pembuatan pakaian seperti t-shirt, kita sering kali mendengar tentang pakaian kapas. Tetapi tahukah anda? Sebenarnya, kain kapas ini juga terdiri daripada beberapa jenis. Yang kita akan bincangkan hari ini adalah mengenai regular dan ring spun cotton.
Proses penghasilan kedua-dua jenis kain kapas ini juga berbeza. Kapas biasa diperbuat daripada serat sayur-sayuran yang kemudian dipintal untuk membuat benang. Ia kemudian ditenun bagi menghasilkan fabric. Kebanyakan kilang pakaian menghasilkan kain jenis kapas biasa ini. Kapas biasa ini juga murahuntuk dihasilkan jadi marketnya juga lebih besar.

Ring spun cotton pula sangat berbeza. Ring spun cotton dibuat dengan cara memusing dan menipiskan lembaran kapas. Ini bagi memastikan gentian kapas tersebut menjadi sangat halus, kuat dan juga lembut. Hasilnya, fabric jenis ini tahan lebih lama berbanding fabric kapas yang lain. Tetapi, ia menjadikannya lebih mahal juga.
Sebenarnya, tiada perbezaan yang ketara pun antara dua jenis fabrik kapas ini. Cuma, jika anda ingin mencetak t-shirt dengan kaedah Direct to Garment atau DTG, ring spun cotton akan memberikan hasil cetakan yang lebih menarik.
Satu lagi fakta menarik  mengenai fabrik cotton ini adalah, walaupun nama atau labelnya serupa diseluruh dunia, namun daripada fabric untuk diimport juga akan memberikan kesan terhadap cetakan. Ini kerana setiap fabric itu mempunyai sedikit kelainan walaupun pada pandangan kasar ia kelihatan serupa. Fabrik yang di datangkan dari Bangladesh mungkin berbeza daripda fabric yang diimport dari China.


Apa-apa pun, fabrik cotton merupakan salah satu fabric yang mendapat tempat istimewa di negara kita. Ini kerana materialnya yang selesa sesuai dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Sebagai pengguna mahupun peniaga, pengetahuan mengenai fabric memberi kelebihan kepada anda dalam memilih fabric yang bersesuaian untuk setiap cetakan mahu pun sulaman.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

4 JENIS KAIN YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENEMPAH T-SHIRT

4 JENIS KAIN YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENEMPAH T-SHIRT

Zaman sekarang ni, jika anda ingin melakukan apa-apa program seperti sukarelawan, gotong-royong, majlis perkahwinan, pasti akan ada idea untuk mencetak t-shirt bagi tujuan tersebut. Pengalaman saya semasa zaman belajar dulu pun, t-shirt salah satu benda yang akan diminta dalam mana-mana program. Ia ibarat lambang kenangan sesuatu event. Namun, untuk menghasilkan sulaman atau kualiti printing yang baik, anda harus bijak memilih jenis kain yang sesuai. Berikut merupakan 4 jenis kain yang popular di Malaysia dalam       industri t-shirt printing.
Yang paling popular ialah cotton 100%. Seperti yang umum sedia maklum, kain jenis ini tidak panas, senang menyerap peluh dan selesa dipakai. Tapi ada ia ada dua kelemahan iaitu cepat mengembang dan juga mudah luntur warnanya dibawah cahaya matahari. Sifat ini membuatkan cotton 100% tak tahan lama. Disebabkan iklim di Malaysia ni agak panas, kain jenis cotton ini sesuai dipakai bila-bila masa. Sesuai untuk menghasilkan pakaian sukan.

Yang kedua ialah Lacoste atau CVC. Ia merupakan campuran polister dan juga cotton. Berbanding dengan cotton, material lacoste lebih tahan kerana tidak mudah mengembang dan berkedut. Tetapi kain sedikit kurang selesa dipakai kerana panas dan tidak menyerap peluh. Ia lebih sesuai untuk t-shirt formal dan baju berkolar.
Jika anda mempunyai bajet yang rendah, anda boleh memilih kain dari jenis tetra cotton ataupun dikenali sebagai TC. Seperti juga Lacoste, kain ini lebih panas dan tidak menyerap peluh. Kain ini digunakan secara meluas untuk menghasilkan t-shirt muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, t-shirt sukan dan sebagainya.
Jenis keempat yang popular di Malaysia ialah Micro Fibre. Kain jenis ini lebih mahal berbanding dengan kain cotton, lacoste mahupun TC. Materialnya 3 kali ganda lebih halus daripada cotton dan yang paling penting ia selesa dipakai dan tidak mudah mengembang. Walaupun tidak menyerap peluh, namun, kain jenis ini cepat kering dan ringan. Amat sesuai digunanakan untuk aktiviti lasak seperti berekriasi dan juga untuk menghasilkan jersi bola.


Jadi sebelum menempah t-shirt, anda boleh fikirkan dahulu jenis kain yang sesuai dengan aktiviti yang bakal dilakukan. Harganya juga berbeza-beza mengikut jenis kain. Untuk memudahkan anda membuat sebarang keputusan, anda juga boleh berbincang dengan syarikat printing bagi mendapatkan khidmat nasihat.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia