Showing posts with label ring spun cotton. Show all posts
Showing posts with label ring spun cotton. Show all posts

PERBEZAAN ANTARA REGULAR DAN RING SPUN COTTON YANG PERLU ANDA TAHU

PERBEZAAN ANTARA REGULAR DAN RING SPUN COTTON YANG PERLU ANDA TAHU

Dalam industri pembuatan pakaian seperti t-shirt, kita sering kali mendengar tentang pakaian kapas. Tetapi tahukah anda? Sebenarnya, kain kapas ini juga terdiri daripada beberapa jenis. Yang kita akan bincangkan hari ini adalah mengenai regular dan ring spun cotton.
Proses penghasilan kedua-dua jenis kain kapas ini juga berbeza. Kapas biasa diperbuat daripada serat sayur-sayuran yang kemudian dipintal untuk membuat benang. Ia kemudian ditenun bagi menghasilkan fabric. Kebanyakan kilang pakaian menghasilkan kain jenis kapas biasa ini. Kapas biasa ini juga murahuntuk dihasilkan jadi marketnya juga lebih besar.

Ring spun cotton pula sangat berbeza. Ring spun cotton dibuat dengan cara memusing dan menipiskan lembaran kapas. Ini bagi memastikan gentian kapas tersebut menjadi sangat halus, kuat dan juga lembut. Hasilnya, fabric jenis ini tahan lebih lama berbanding fabric kapas yang lain. Tetapi, ia menjadikannya lebih mahal juga.
Sebenarnya, tiada perbezaan yang ketara pun antara dua jenis fabrik kapas ini. Cuma, jika anda ingin mencetak t-shirt dengan kaedah Direct to Garment atau DTG, ring spun cotton akan memberikan hasil cetakan yang lebih menarik.
Satu lagi fakta menarik  mengenai fabrik cotton ini adalah, walaupun nama atau labelnya serupa diseluruh dunia, namun daripada fabric untuk diimport juga akan memberikan kesan terhadap cetakan. Ini kerana setiap fabric itu mempunyai sedikit kelainan walaupun pada pandangan kasar ia kelihatan serupa. Fabrik yang di datangkan dari Bangladesh mungkin berbeza daripda fabric yang diimport dari China.


Apa-apa pun, fabrik cotton merupakan salah satu fabric yang mendapat tempat istimewa di negara kita. Ini kerana materialnya yang selesa sesuai dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Sebagai pengguna mahupun peniaga, pengetahuan mengenai fabric memberi kelebihan kepada anda dalam memilih fabric yang bersesuaian untuk setiap cetakan mahu pun sulaman.
Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia