APAKAH MESIN YANG HARUS DIMILIKI USAHAWAN PERCETAKAN?
Jika anda bercadang ingin memulakan perniagaan ataupun sekadar mencari hobi baru yang menggunakan mesin khas untuk memudahkan kerja-kerja DIY, mesin cameo silhouette mungkin sangat sesuai untuk anda. Mesin die-cut elektronik ini dapat memotong pelbagai jenis material dan memudahkan tugasan kreatif DIY.
Sebelum pergi lebih lanjut mengenai
mesin ini, anda tahu apa itu mesin cameo? Ia merupakan mesin pemotong
elektronik yang boleh disambungkan ke komputer anda. Saiznya pula lebih kurang
sama dengan saiz pencetak kecil serta dilengkapi perisian khusus yang
membolehkan anda mereka lalu memotong rekaan yang telah dicetak pada kertas
khas. Ia juga boleh digunakan untuk memotong material lain seperti fabric, sticker,
vinil, stensil dan lain-lain lagi.
Sebenarnya terdapat pelbagai jenama
serta model mesin pemotong yang terdapat dipasaran. Tetapi kebanyakkannya
memerlukan ‘die set’ serta kos yang mahal. Keistimewaan mesin ini adalah
perisiannya yang telah ditambah dengan pelbagai jenis reka bentuk di dalamnya. Ini
memudahkan anda untuk menetapkan reka bentuk dalam perisian tersebut lalu
hantar ke pencetak dan kemudian kembali ke silhouette untuk proses memotong.
Anda boleh mereka pelbagai produk kreatif seperti kad ucapan, sticker dan
sebagainya.
Antara kegunaan mesin cameo yang
sangat popular ialah untuk memotong vinil. Hasilnya akan lebih cantik dan
berkualiti. Selain itu anda juga boleh mereka pelbaga lagi produk seperti
kotak, gift card holders, dan
lain-lain lagi. Mesin ini merupakan alat terbaik untuk anda untuk mereka
barangan kraf bagi perniagaan online.
Bagaimana menarik bukan? Bagi anda
yang masih kurang jelas dengan cara penggunaan mesin ini serta apa yang boleh
dilakukannya, anda boleh melayari blog serta youtube. Di sana terdapat pelbagai
tutorial dan mungkin juga idea baru kepada anda untuk projek kreatif terbaru.
No comments:
Post a Comment