INGIN MEMILIKI MESIN HEAT PRESS? APA YANG PERLU ANDA TAHU?

INGIN MEMILIKI MESIN HEAT PRESS? APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Industri percetakan merupakan salah satu industri yang semakin berkembang pesat dinegara ini. Jika anda ingin turut menceburkan diri dalam bidang ini, pasti anda terfikir untuk membeli mesin heat press ataupun mesin tekanan haba bagi kegunaan pernigaan anda kan? Disini kami ingin memberikan beberapa tips untuk anda dalam memilih mesin heat press yang sesuai.

Perkara pertama yang anda perlu tentukan sebelum membeli mana-mana mesin heat press ialah jenis yang anda mahukan. Ini bermaksud mesin manual atau mesin automatik. Jika anda memilih mesin heat press jenis automatik, tentulah ia lebih mudah digunakan berbanding mesin jenis manual. Tetapi mesin automatik memerlukan penjagaan rapi serta perhatian yang lebih kepada penyelenggaraannya. Mesin manual pula membantu anda untuk menyesuaikan tekanan sendiri. Anda dapat mengawal sendiri tekanan yang diperlukan sama ada kuat mahupun sederhana.
Anda juga perlu menganggarkan berapa banyak kuantiti cetakan yang anda akan hasilkan nanti. Jika anda baru sahaja menceburkan diri dalam bidang ini, kami cadangkan agar anda upload kan dahulu sampel rekaan produk anda di internet. Selalunya, dalam bidang percetakan, setiap produk yang dihasilkan adalah melalui pre order. Maksudnya tempah dahulu, baru buat. Dari situ anda boleh agak jumlah yang anda hasilkan nanti. Jadi mudahlah anda memilih mesin mana yang sesuai.
Seterusnya anda harus tahu siapa yang bakal menggunakan mesin heat press anda itu. Iyalah, mungkin kerana ada dikalangan anda yang menjalankan perniagaan ini secara sampingan sahaja dan menyerahkan tugas untuk mencetak kepada orang lain. Sangat penting untuk mencari orang yang dapat menyelenggara mesin ini dengan baik supaya kondisinya berada ditahap terbaik. Walaupun terdapat manual penggunaan, namun ianya mungkin sangat kompleks untuk difahami bagi sesetengah orang. Jadi sebelum anda membeli mesin tersebut, apa kata sekiranya anda meminta penjual untuk memberikan latihan produk. Dan pastikan bakal pengendali mesin anda itu memahami setiap tunjuk ajar yang diberikan.
Perkara seterusnya yang pasti akan menjadi perhatian utama ialah penggunaan elektrik. Dalam menjalankan perniagaan, setiap kos itu harus diambil kira. Bagi mesin yang pengeluarannya lebih tinggi memerlukan tenaga sebanyak 220 volt. Bagi bakal pengguna baru, kami sarankan anda untuk memilih mesin heat press yang penggunaannya kurang daripada 220 volt.

Jadi, bagaimana? Sudah tahu mesin mana yang bersesuaian dengan anda? Anda bolehlah mula untuk melakukan survey mencari mesin yang anda mahukan itu, sesuai dengan bajet anda. Jika anda masih tidak pasti, tanyakan sahaja kepada para penjual tersebut. Mereka pasti akan membantu anda untuk mendapatkan mesin heat press yang bersesuaian.

Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia

No comments:

Post a Comment