SATU LAGI TEKNIK CETAKAN CENDERAHATI YANG MURAH TETAPI BERKUALITI
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah menjadi trend dinegara kita untuk memberikan cenderahati kepada tetamu didalam sesuatu acara tidak kiralah acara korporat ataupun keraian seperti majlis perkahwinan. Hari ini, kami ingin bercerita tentang salah satu teknik cetakan souvenir yang murah iaitu waterslide atau water transfer.
Jadi, apa itu waterslide atau water
transfer? Ia merupakan satu kaedah cetakan yang menggunakan kertas khas iaitu
waterslide decal paper. Dalam bahasa mudah ia seperti melekatkan sticker ke
atas produk yang dikehendaki. Bezanya waterslide paper ini lebih nipis
berbanding sticker. Jadi hasilnya akan nampak lebih berkualiti berbanding
sticker.
Berbanding dengan kaedah heat
transfer, kaedah waterslide ini lebih murah. Kenapa? Kerana teknik ini tidak
memerlukan penggunaan sebarang mesin tekanan haba atau heat press. Kertas decal
yang telah dicetak menggunakan printer inkjet atau laser akan dilekatkan terus
ke atas produk. Kemudian keringkan dengan hairdryer sahaja.
Tentu anda juga hendak tahu adakah
teknik ini boleh digunakan kepada semua jenis produk atau tidak bukan? Inilah
salah satu kelebihan kaedah waterslide. Ia boleh digunakan ke atas pelbagai
bentuk permukaan tak kira berlekuk atau rata. Gambar anda yang dicetak boleh di
transfer kepada pelbagai produk seperti, lilin, pinggan, mug, helmet dan
sebagainya lagi.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi
produk kreatif yang boleh dihasilkan menggunakan kaedah cetakan waterslide ini.
Jadi mungkin sekarang anda boleh merancang design apa yang anda mahukan serta
produk apa yang bakal anda cetak itu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat
kepada anda.
No comments:
Post a Comment