Showing posts with label souvenir. Show all posts
Showing posts with label souvenir. Show all posts

SATU LAGI TEKNIK CETAKAN CENDERAHATI YANG MURAH TETAPI BERKUALITI

SATU LAGI TEKNIK CETAKAN CENDERAHATI YANG MURAH TETAPI BERKUALITI

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah menjadi trend dinegara kita untuk memberikan cenderahati kepada tetamu didalam sesuatu acara tidak kiralah acara korporat ataupun keraian seperti majlis perkahwinan. Hari ini, kami ingin bercerita tentang salah satu teknik cetakan souvenir yang murah iaitu waterslide atau water transfer.

Jadi, apa itu waterslide atau water transfer? Ia merupakan satu kaedah cetakan yang menggunakan kertas khas iaitu waterslide decal paper. Dalam bahasa mudah ia seperti melekatkan sticker ke atas produk yang dikehendaki. Bezanya waterslide paper ini lebih nipis berbanding sticker. Jadi hasilnya akan nampak lebih berkualiti berbanding sticker.
Berbanding dengan kaedah heat transfer, kaedah waterslide ini lebih murah. Kenapa? Kerana teknik ini tidak memerlukan penggunaan sebarang mesin tekanan haba atau heat press. Kertas decal yang telah dicetak menggunakan printer inkjet atau laser akan dilekatkan terus ke atas produk. Kemudian keringkan dengan hairdryer sahaja.

Tentu anda juga hendak tahu adakah teknik ini boleh digunakan kepada semua jenis produk atau tidak bukan? Inilah salah satu kelebihan kaedah waterslide. Ia boleh digunakan ke atas pelbagai bentuk permukaan tak kira berlekuk atau rata. Gambar anda yang dicetak boleh di transfer kepada pelbagai produk seperti, lilin, pinggan, mug, helmet dan sebagainya lagi.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi produk kreatif yang boleh dihasilkan menggunakan kaedah cetakan waterslide ini. Jadi mungkin sekarang anda boleh merancang design apa yang anda mahukan serta produk apa yang bakal anda cetak itu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.




Get Notification Once We Update:


Delivered by Saudagar Printing Malaysia